(4 GAMBAR) Taksub Menjadi SADO, Seorang Lelaki Hampir Hilang Tangan??!!
(4 GAMBAR) Taksub Menjadi SADO, Seorang Lelaki Hampir Hilang Tangan??!! | Brazil – Kerana taksub untuk menjadi `abang sado’ seorang lelaki Romario Dos Santos Alves, 25, sanggup menyuntik minyak dan akohol di lengannya bagi mendapatkan otot yang besar.
Hasilnya, dia hampir kehilangan dua tangannya manakala nyawanya juga turut terancam. Selain itu, keadaan otot lengan yang besar itu juga menyebabkan dia digelar Incredible Hulk hinggakan kanak-kanak menjadi takut dengannya.
Akibat tekanan tersebut, Alves hampir membunuh diri ketika isterinya sedang hamil enam bulan.
Menurut Alves, dia terpengaruh dengan bahan berkenaan selepas mengunjungi sebuah gim dan diperkenalkan oleh rakannya tiga tahun lalu.
“Apabila anda mula mengambilnya, anda akan terus ketagih.Saya hilang kawalan,” katanya.
Ketika mula-mula menyuntik bahan berkenaan, lengannya menjadi keras umpama batu hinggakan dia terpaksa meminta isterinya menyuntik bahan berkenaan di bahagian lain.
Kerana otot itu menjadi terlalu keras, dia terpaksa membeli jarum suntikan yang digunakan untuk menyuntik kerbau.
Bicepnya kemudian membengkak hinggakan sebesar 25 inci. Lama kelamaan dia mula berasa sakit dan mengalami kegagalan buah pinggang akibat toksin dalam minyak berkenaan.
Doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia perlu memotong kedua-dua tangannya kerana bahan berkenaan mengancam nyawa Alves.
“Ketika dalam perjalanan ke hospital untuk melalui proses memotong tangan, saya dihubungi oleh doktor dan mereka memaklumkan bahawa tangan saya tidak perlu dipotong sebaliknya hanya otot yang keras itu sahaja perlu dibuang,’ katanya.
Alves kini amat menyesal dan dia tidak mahu lagi menyuntik bahan berkenaan.
Tiada ulasan