• Semasa

    Anggota Polis Ditahan Gigit Kemaluan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    potong kemaluan
    Anggota Polis Ditahan Gigit Kemaluan | Baltimore – Seorang anggota polis ditahan selepas dia menyerang dan menggigit kemaluan seorang lelaki dalam satu pergaduhan pada Selasa lalu.
    Michael Flaig dan seorang rakannya ditahan selepas menyerang lelaki berkenaan di belakang sebuah kelab malam di sini.
    Lelaki itu memberitahu polis, dia diserang selepas menegur suspek supaya tidak mengganggu seorang rakan wanitanya.
    Flaig dilaporkan menggigit kemaluan lelaki itu ketika mereka sedang bergelut.
    Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada alat sulitnya dan terpaksa dirawat di sebuah hospital di sini.
    Flaig yang tidak bertugas ketika itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.
    Ketika ditahan masih terdapat kesan darah pada baju yang dipakai Flaig.
    Seorang jurucakap polis, Timothy J Altomare berkata, Flaig yang kini digantung tugas didakwa atas tuduhan menyerang.
    “Tuduhan terhadap anggota polis ini sangat serius dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]