Budak 2 Tahun Parah Didera Pengasuh FB | Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera di muka selepas dipercayai didera pengasuh dikenali ibunya melalui laman sosial Facebook.
Mangsa didakwa lebam di muka dan belakang telinganya dipercayai dicubit pengasuh berusia 34 tahun di rumah suspek di Jalan Klang Lama di sini.
Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 29, berkata, dia mengenali pengasuh itu sejak lebih dua bulan lalu.
Menurutnya, dia kemudian mengambil keputusan menghantar dua anaknya masing-masing berusia setahun dan dua tahun untuk dijaga wanita itu.
Katanya, dia yang juga seorang ibu tunggal hanya bertemu anaknya pada hujung minggu kerana terpaksa berkerja sebagai jurujual lapor Harian Metro.
Tiada ulasan