Kisah Remaja 13 Tahun MENANGIS Merayu-Rayu Nak Jadi Hafiz Al Quran Ini Bakal MENYENTAPKAN Ramai !!
Kisah Remaja 13 Tahun MENANGIS Merayu-Rayu Nak Jadi Hafiz Al Quran Ini Bakal MENYENTAPKAN Ramai !! | Seorang anak muda 13 tahun menangis ingin menjadi Hafiz Al-Quran. “Ustaz jangan tinggalkan kami yer. Di sini tiada ilmu macam ni.
Tiada orang nak layan anak muda macam ni. Dia tinggal bersama nenek dan datuknya…. Mak ayahnya berpisah. Kedua sudah berkahwin lain dan sudah ada anak. Ustaz, saya nak jadi hafiz. Saya nak masuk madrasah. Dia rajin jaga solat berjemaah. Rajin baca Al-Quran.
Nak jumpa anak muda semua di jalan-jalan. Waktu Maghrib masih penuh jalan dengan anak muda. Masjid-masjid tinggal orang tua-tua sahaja.
Anak ini sepanjang siang duduk bersama kami dalam majlis ilmu. Dalam 4 pagi sebelum Subuh dia datang bawa makanan nugget. Saya tanya dari mana. Dia malam-malam kerja tolong orang untuk cari duit tambahan dengan menjual dekat dengan tempat reakrasi air panas. Solat Subuh bersama kami. Sayu melihatnya.
Saya suruh dia cuti kerja dan bersama kami beberapa hari. Kami minta izin datuk dan neneknya. Dia bangun setiap malam solat tahajud dan doa. Ya Allah nak belajar hafiz al-Quran. Ya Allah tak nak duduk sini sebab banyak orang sini hisap dadah. Berbual dengan neneknya. Katanya kawasan ini ramai anak muda terlibat dengan dadah.
Ya Allah jadikanlah saya anak yang boleh tolong mak ayah masuk syurga. Ya Allah saya walaupun tiada mak ayah yang jaga saya. Saya nak gembirakan mereka. Saya nak beri mereka kesenangan dalam syurga. Saya nak jaga nenek dan atuk saya yang dah tua.
Semalam program bersama. Dia cuma tidur jer seharian kerana penat. Tak berhenti dia datang berbual dan minta nasihat kami. Dia kata selepas ni habis jer kelas saya akan cari ustaz. Nak belajar dengan ustaz.
Saya dapat rasakan kesedihan dalam hatinya. InsyaAllah kesedihan ini akan menjadikan dia lebih kuat. Rindu isteri dan anak-anak di rumah. Semoga Allah mudahkan baginya anak ini menjadi hafiz dan alim. - KREDIT ebit lew
Tiada ulasan