PUNCA SEBENAR PINTU TABUNG HAJI 'DIPECAHKAN' AMAT MEMEMILUKAN..
PUNCA SEBENAR PINTU TABUNG HAJI 'DIPECAHKAN' AMAT MEMEMILUKAN.. | Kecoh di laman sosial akan sekeping gambar yang menunjukkan pintu kaca Cawangan Tabung Haji di Perlis, dipecahkan kononnya berkaitan dengan isu tanah yang dibeli oleh Tabung Haji baru-baru ini.
Mengikut maklumat yang tersebar di laman sosial itu, rata-rata mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Tabung Haji membeli tanah yang tidak menguntungkan.
Ekoran itu ramai yang mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut dan tidak kurang juga yang menyatakan 'Padan Muka' terhadap Tabung Haji.
Bagaimanapun, tampil seorang pembaca laman My Media Hub menjelaskan kejadian itu sebenarnya adalah kemalangan kecil yang tidak disengajakan.
"Nak sebar benda bukan² je kerja. Cek dulu betul² takleh? Main post je. Nak bagi Malaysia huru hara apa?" katanya sambil melampirkan salinan gambar penjelasan sebenar dalam WhatsApp.
"Cermin pecah sendiri kena tangan un polis bantuan Tabung Haji masa dia nak tarik tutup pintu. Cedera ringan di jari saja. Tak dak unsur sabotaj," kata Hassan Othman yang menjelaskan dia mendapat maklumat itu berdasarkan laporan polis yang diperolehinya.
Maka, jelaslah bahawa tiada sebarang unsur sabotaj dan juga kejadian ini tiada kaitan dengan isu Tabung Haji baru-baru ini.
Sumber

Tiada ulasan