• Semasa

    Tragedi DUKE: Dua Pemandu Bertanggungjawab Akan Didakwa Esok..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Tragedi DUKE: Dua Pemandu Bertanggungjawab Akan Didakwa Esok | Beberapa hari lalu seluruh Malaysia kecoh membicarakan berkenaan kemalangan di DUKE yang meragut tiga nyawa termasuk bayi berusia enam bulan.

    Menurut laporan myMetro, dua orang pemandu yang bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta esok.

    Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada akhbar berkenaan.

    Dua orang pemandu berkenaan adalah seorang lelaki berumur 31 tahun dan seorang wanita berumur 35 tahun bakal dihadapkan ke mahkamah pada pagi esok.

    Dalam kemalangan di lebuhraya DUKE pada jam 1.05 pagi Sabtu lalu sepasang suami isteri, Fairuz Nizam Husain, 35 dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27 serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa berusia enam bulan disahkan meninggal dunia di di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Dua orang pemandu tersebut dan saksi utama serta 8 orang lain telah membuat keterangan berkenaan kejadian. — Siakapkeli.my

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]