• Semasa

    Wanita Koma Lahirkan Anak





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    karla
    Wanita Koma Lahirkan Anak | Sekumpulan doktor di sini mencipta sejarah tersendiri baru-baru ini apabila berjaya membantu kelahiran seorang bayi meskipun ibunya telah tujuh minggu koma selepas mati otak.
    Wanita tersebut, Karla Perez, 22, sebelum ini disahkan mengalami intracranial haemorrhage atau mati otak selepas mengadu sakit kepala dan jatuh pengsan di rumahnya di Waterloo pada awal Februari lalu.
    Keluarga Perez telah memohon doktor di Hospital Wanita Methodist tersebut supaya berusaha menyelamatkan bayi yang berusia 22 minggu dalam kandungannya.
    “Keadaan bayi Perez adalah baik, namun usia kandungan itu terlalu awal untuk dia dilahirkan. Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga Perez, kandungannya dijaga sehingga bayi tersebut mencapai usia matang untuk dilahirkan secara pembedahan Caesarean,” ujar salah seorang doktor yang merawat Perez, Dr. Andrew Robertson.
    Bayi perempuan Perez yang diberi nama Angel itu lahir dengan berat 1.26 kilogram, manakala mesin sokongan hayat ibunya ditutup dan dia meninggal dunia selepas itu. – Agensi

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]