Inilah Punca Mengapa 'Dhab' Halal di Makan?
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz. Apa beza biawak arab dengan Malaysia? Kenapa biawak arab halal di makan?
Jawapan:
Mungkin biawak arab yang tuan maksudkan itu ialah dhab kerana ia halal di makan. Namun perlu diketahui dhab bukan biawak kerana selain daripada dhab, di tanah arab juga terdapat biawak yang disebut waral (الوَرَلُ) iaitu sama seperti biawak Malaysia yang tuan maksudkan.
Dhab (الضَّبّ)/ hanya haiwan yang mirip biawak tetapi mempunyai perbezaan yang sangat ketara, antaranya ialah:
- Dhab hanya makan rumput/ tumbuhan hijau dan belalang yang juga suci. Kerana itu dhab dianggap haiwan bersik. Sedangkan biawak binatang pemangsa yang menerkam mangsanya. Bahkan ia juga makan bangkai dan benda-benda kotor sehingga dianggap sebagai salah satu haiwan khabist ( kotor dan jijik )
- Dhab hidup di gurun sahara dan tidak boleh hidup di paya berbeza dengan biawak yang hebat berenang di paya.
- Dhab berekor besar dan bersisik keras. Manakala biawak berekor panjang dan runcing.
- Dikatakan dhab hanya minum air dari titisan embun dan air dari tumbuhan hijau yang ia makan. Bahkan dikatakan ia minum 40 hari sekali sehingga ada peribahasa arab yang mengatakan :"لا افعل كذا حتى يرد الضب الماء"
" Aku tidak akan melakukannya sampai dhab mendatangi air".Apabila mereka menggambarkan keengganan mereka dalam melakukan sesuatu.
5)
- Dhab juga istimewa kerana mempunyai dua alat kelamin. Disebutkan dalam kitab Hasyiyah al-Qalyubi 'ala Syarh al-Minhaaj 4/259, cetakan al Haramain sebagai berikut:قَوْلُهُ وَضَبٌّ: هُوَ حَيَوَانٌ يُشْبِهُ الْوَرَلَ يَعِيشُ نَحْوِ سَبْعَمِائَةِ سَنَةٍ وَمِنْ شَأْنِهِ أَنَّهُ لَا يَشْرَبُ الْمَاءَ وَأَنَّهُ يَبُولُ فِي كُلِّ أَرْبَعِينَ يَوْمًا مَرَّةً وَلَا يَسْقُطُ لَهُ سِنٌّ وَلِلْأُنْثَى مِنْهُ فَرْجَانِ وَلِلذَّكَرِ ذَكَرَانِ"Keterangan binatang dhab: binatang dhab adalah binatang yang menyerupai biawak yang mampu hidup sekitar tujuh ratus tahun, binatang ini tidak minum air dan ia kencing sekali dalam 40 hari, betinanya memiliki dua alat kelamin betina dan yang jantan pun juga memiliki dua alat kelamin jantan."
6)
- Dhab halal di makan mengikut jumhur ulama. Manakala biawak haram dimakan.
Imam al-Bukhari dalam Kitab Khobarul Ahad, Bab Khobarul Mar'ah Waahidah meriwayatkan :
قَالَ (ابن عمر رضي الله عنه): كَانَ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، فِيهمْ سَعْدٌ، فَذَهَبُوا يَأْكُلُونَ مِنْ لَحْمٍ، فَنَادَتْهُمُ امْرَأَةٌ مِنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم،إِنَّهُ لَحْمُ ضَبٍّ، فَأَمْسَكُوا فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : كُلُوا أَوِ اطْعَمُوا، فَإِنَّهُ حَلاَلٌ أَوْ قَالَ: لاَ بَأْسَ بِهِ وَلكِنَّهُ لَيْسَ مِنْ طَعَامِي.
Abdullah Bin Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: " Orang-orang dari kalangan sahabat Nabi ﷺ yang di antara mereka terdapat Sa'ad, lalu bepergian memakan daging. Kemudian salah seorang isteri Nabi ﷺ memanggil mereka seraya berkata, 'Itu daging dhab. Mereka pun berhenti makan. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: "Makanlah, kerana daging itu halal atau beliau bersabda: " tidak mengapa dimakan, akan tetapi daging haiwan itu bukanlah makananku".
Imam Muslim pula meriwayatkan :
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: دَخَلْتُ اَنَا وَ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيْدِ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ ص بَيْتَ مَيْمُوْنَةَ، فَاُتِيَ بِضَبّ مَحْنُوْذٍ، فَاَهْوَى اِلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ ص بِيَدِهِ، فَقَالَ بَعْضُ النّسْوَةِ اللاَّتِي فِي بَيْتِ مَيْمُوْنَةَ اَخْبِرُوْا رَسُوْلَ اللهِ ص بِمَا يُرِيْدُ اَنْ يَأْكُلَ، فَرَفَعَ رَسُوْلُ اللهِ ص يَدَهُ، فَقُلْتُ اَحَرَامٌ هُوَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: لَا، وَ لكِنَّهُ لَمْ يَكُنْ بِاَرْضِ قَوْمِي فَاَجِدُنِي اَعَافُهُ. قَالَ خَالِدٌ: فَاجْتَرَرْتُهُ فَاَكَلْتُهُ وَ رَسُوْلُ اللهِ ص يَنْظُرُ. مسلم
Dari Abdullah bin Abbas radhiallahu 'anhuma berkata, "Saya dan Khalid bin Walid bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ datang ke rumah Maimunah, lalu ia hidangkan kepada kami daging dhab yang telah dibakar, Rasulullah ﷺ lalu mengulurkan tangannya untuk mengambil daging tersebut, tiba-tiba sebagian dari wanita yang berada di rumah Maimunah berkata, "Beritahukanlah dulu kepada Rasulullah ﷺ hidangan yang akan baginda makan". Ker
ana itu Rasulullah ﷺ lalu menarik tangannya. Lantas saya bertanya, "Apakah daging tersebut haram wahai Rasulullah?". Baginda menjawab, "Tidak, tetapi ia tidak ada di negeri kaumku, maka saya merasa jijik untuk memakannya". Khalid berkata, "Lalu saya ambil daging tersebut dan saya makan, sedangkan Rasulullah ﷺ melihat". (HR. Muslim juz 3, h]l. 1543)
Kesimpulannya :
- Biawak tidak sama dengan dhab pada hukum dan sifatnya.
- Biawak Malaysia atau biawak arab sama sahaja kerana ia dipanggil waral (الوَرَلُ).
- Dhab hanya haiwan yang mirip biawak tetapi berbeza sifat dan tabiat pemakanannya.
Wallahu a'lam.
Rujukan:
- Hayaatul Hayawaan Al-Kubra Li Muhammad Ibni Musa Ad-Damiri. Daarul KutubAl-Ilmiyah, Beirut (Juz II)
- Hasyiyah al-Qalyubi 'ala Syarh al-Minhaaj 4/259, cetakan al Haramain.
- Haasyiyatus Syarqaawii 'Ala Tuhfatit Thulaab Li Abdillah Ibni Hijaazi Asy-Syafi'i
USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
Oleh: Ustaz Hazri Al-Bindany
Tiada ulasan