Ketika Tarik Hand Brake, Perlu Tekan Punat Atau Tidak? Ini Jawapan & Penjelasannya
Setelah anda selesai membetulkan kereta di petak parking, dan meletakkannya pada gear parking atau natural, perkara terakhir yang perlu dibuat adalah menarik hand brake.
Disini timbul sedikit kecelaruan sama ada perlu atau tidak kita menekan punat di bahagian depan hand brake untuk menarik brek.
Kecelaruan ini mungkin juga timbul disebabkan ada 'kata-kata' orang yang mengatakan jika tidak menekan punat itu, hand brake akan cepat rosak. Atau ada juga yang takut dengan bunyi 'kreeekkkk' pada hand brake ketika ditarik kerana dikhuatiri hand brake akan haus.
Jason Fenske dari chanel Youtube Engineering Explained memberikan jawapan kepada persoalan ini dan penjelasan teknikal disebalik jawapan itu.
Perlu Tekan Atau Tidak?
Jawapan yang diberikan oleh Fenske adalah tidak perlu tekan. Tetapi tidak salah untuk menekan kerana ia tidak memberi apa-apa kesan buruk kepada hand brake. Namun dengan tidak menekan punat itu, akan ada bunyi 'kreeekkk' yang boleh memberi 'feedback' kepada pemandu ketika menarik hand brake.
Penjelasan Teknikal
Menurut Fenske, sistem hand brake sangat mudah. Punat di hand brake dicipta hanya ketika untuk menjatuhkan hand brake sahaja.
Apabila punat tidak ditekan, satu komponen besi akan mencengkam satu komponen bergerigi yang dikenali sebagai Ratchet Segment. Jika punat ditekan, besi yang mencengkam Ratchet Segment itu akan dilepaskan.
Keadaan hand brake ketika punat tidak ditekan
Keadaan hand brake ketika punat ditekan.
Adakah Ratchet Segment Itu Akan Haus Jika Selalu Tidak Tekan Punat Ketika Tarik Handbrake?
Menjawab persoalan ini, Fenske menjelaskan faktor paling utama yang menyebabkan haus adalah haba. Komponen yang banyak menghasilkan haba akan cepat haus. Seperti contoh, brake pad yang menghasilkan geseran untuk memberhentikan tayar kereta yang berputar pada kelajuan yang tinggi.
Brake pad
Jadi, dalam kes hand brake, kesan hausnya amat halus sekali dan Fenske menyifatkannya dengan berkata "kereta tak boleh pakai langsung baru hand brake haus".
Dengan mengetahui penjelasan teknikal di sebalik sistem hand brake, kami yakin anda akan boleh menarik hand brake kereta anda dengan lebih yakin!
Tiada ulasan