• Semasa

    Terkejut tengok anak hisap 'deodorant'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Terkejut tengok anak hisap 'deodorant' | Ya Allah, terkejut saya bila tengok anak hisap gula-gula yang mengandungi cecair manis yang menyerupai seperti pewangi ketiak deodorant. 

    Betul-betul terkejut dibuatnya. Saya pun bertanyalah pada anak. 

    "Di mana abang beli gula-gula macam ini?" soal saya. 

    "Abang beli di luar pagar sekolah, ayah. Kenapa ayah tanya?" soalnya kembali.


    Terkejut tengok anak hisap 'deodorant'

    "Tak adalah, ayah tengok gula-gula abang ini sama macam pewangi ketiak ayah. Abang jangan tunjuk kat adik tau benda-benda macam ini. Nanti adik ambil deodorant ayah dan dihisapnya pula. Kalau adik sakit perut, keracunan, muntah-muntah dan mati, macam mana?" peringatan awal saya berikan. 

    "Yelah ayah, sama macam deodorant ayah. Bahaya, adik tu dahlah kecik, lagi tak tahu apa-apa. Okey ayah, abang tak bawa balik ke rumah lagi gula-gula ini. Abang janji abang takkan tunjuk pada adik," katanya. 

    Wahai peniaga-peniaga di luar sekolah atau di mana-mana, tolong jangan jual gula-gula atau makanan ringan yang menyerupai pewangi orang dewasa atau botol-botol beracun. Bahaya untuk anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa. 

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]