• Semasa

    Azrinaz Mazhar Hakim Kekasih Baru Fattah Amin?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]





























    Azrinaz Mazhar Hakim Kekasih Baru Fattah Amin? | SELEPAS enggan lagi dikaitkan dengan Neelofa, baru-baru ini muncul pula gosip menyatakan pelakon Fattah Amin kini intim dengan seorang wanita berstatus VIP.
    Menurut sebuah akhbar hiburan, wanita tidak didedahkan identitinya itu juga merupakan seorang selebriti yang pernah menjadi isteri kepada seorang kenamaan pada suatu ketika dahulu.
    Bayangan yang diberi itu lantas membuatkan netizen berteka-teki dan nama bekas pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim antara yang menjadi sebutan dalam gosip ini.
    Seakan menguatkan lagi dakwaan, netizen menjumpai gambar Fattah bersama Azrinaz yang dimuat naik wanita itu menerusi laman Instagramnya dua minggu lalu.
    I nak tidur tapi dia ajak minum supper sebab malam minggu katanya. Sekali sekala oklah,” tulis Azrinaz dalam kapsyen gambarnya itu.

    Azrinaz Mazhar Hakim Kekasih Baru Fattah Amin?

    Pun begitu, tidak mahu peminat membuat spekulasi Azrinaz turut menyertakan hashtag #adikdankakak.
    Gambar mesra itu bagaimanapun turut menimbulkan pelbagai reaksi peminat yang membuat andaian mengenai perhubungan mereka.
    Rata-rata menyifatkan pasangan ini sama cantik, sama padan.
    Sementara itu, Fattah mahupun Azrinaz masih lagi belum memberi respon gosip yang mengaitkan nama mereka ini.
    Terdahulu, kecoh apabila muncul khabar angin menyatakan Fattah akrab dengan wanita VIP sekali gus ada yang beranggapan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]