• Semasa

    Cemas ‘Dikejar’ Pemandu Bas Ekspres Samseng





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

























    Cemas ‘Dikejar’ Pemandu Bas Ekspres Samseng | SIAPA yang tidak takut apabila kenderaan dinaiki ‘dikejar’ dan diekori sebuah bas ekspres yang dipandu dalam keadaan berbahaya.

    Itu yang dialami seorang pengguna Instagram, Tunku Khalsom Ibrahim @khalsomsom yang berkongsi detik mencemaskan itu di laman Instagramnya.
    Dalam video berkenaan memaparkan pemandu bas lelaki syarikat Darul Naim Express memandu dalam keadaan berbahaya, mengejar kenderaan Tunku Khalsom serta menunjukkan isyarat tangan dalam kejadian di Lebuh Raya Karak, Pahang.
    Menurutnya, dalam kejadian pada 18 Mac lalu, dia bersama bayinya berusia satu tahun dan ibunya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu majlis perkahwinan di Genting Highland.

    Jelasnya, pemandu bas ekspres terbabit yang memandu kenderaan dengan nombor pendaftaran WWU5909 telah memandu pada lorong paling laju ketika melepasi terowong, yang dipercayai berdekatan dengan Genting Sempah.
    “Dia datang dengan laju (dan) telah mengejutkan semua orang dalam kenderaan kami. Emak saya yang memandu kenderaan tersebut bertindak membunyikan hon kepada pemandu bas itu supaya dia boleh memperlahankan pemanduannya. (Namun), dia mula membunyikan hon semula kepada kami.
    “Marah dan bimbang memandangkan bersama (dalam kereta) kami adalah anak saya berusia satu tahun, emak saya cuba menjauhkan diri daripada situasi berbahaya tersebut,” katanya.
    Katanya, situasi semakin mencemaskan apabila pemandu bas ekspres itu seolah-olah tidak berpuas hati dan bertindak mengejar kenderaan dipandu ibunya serta beberapa kali cuba memotong kenderaan mereka.
    “Dia langsung tidak memberi isyarat (ketika menukar lorong), hanya menukar dari satu lorong kepada satu lorong dengan pemanduannya yang mengarut.
    “Dia berjaya memintas dan saya meminta ibu memperlahankan kenderaan kerana anak saya di dalam kereta, jadi dia berjaya memotong kenderaan kami,” tulisnya.
    Akhirnya, mereka berjaya melepas situasi cemas tersebut dan menjauhkan diri daripada pemandu bas ekspres itu selepas melepasi tol.
    Berdasarkan video yang dikongsi secara jelas menunjukkan pemandu bas ekspres itu memandu dalam keadaan berbahaya apabila secara melulu menukar lorong dan memotong beberapa kenderaan lain tanpa memberikan sebarang isyarat, selain kelihatan pemandu bas itu menghimpit kereta dipandu mangsa sehingga mengakibatkan mereka hampir terlanggar pembahagi jalan.
    “Kami bersyukur kerana tiada kejadian buruk yang berlaku, tetapi kami tahu berapa banyak nyawa yang melayang membabitkan kemalangan bas.
    “Kepada pemandu bas, anda telah membahayakan nyawa saya dan keluarga dan semua pengguna jalan raya.
    “Itu adalah sesuatu yang memalukan dan anda tidak patut dibenarkan memandu,” tulisnya.
    Jelasnya, aduan berhubung insiden penuh dramatik dan berbahaya itu telah dibuat kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), namun setakat ini masih belum mendapat sebarang respon.
    Insiden berkenaan menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang mengecam tindakan biadab dan berbahaya pemandu bas terbabit memandu dalam dalam keadaan tidak berhemah.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]