• Semasa

    “Gelaran Datuk, Doktor Falsafah Saya Sah”





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    “Gelaran Datuk, Doktor Falsafah Saya Sah” | DALAM banyak-banyak selebriti yang menerima gelaran Datuk, pelakon Boy Iman antara yang teruk dihentam kononnya gelaran itu dibeli daripada kerabat Naning.

    Malah, ada yang mendakwa anugerah yang diterima Boy Iman pada tahun 2014 itu juga tidak sah dan tidak diiktiraf kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.
    Lebih panas, status Doktor Falsafah yang diterimanya akhir tahun lalu dari sebuah universiti luar negara turut dipertikai ramai.
    Tampil menjawab pertanyaan salah seorang peminat di laman Instagram mengenai gelaran Datuk yang diterimanya, Boy Iman memberitahu, dia sebenarnya telah dianugerahkan tiga gelaran Datuk iaitu dari Naning, Perak dan terbaharu dari Pahang.
    “Lama dah dapat dari Naning dan perak. Dari Pahang baru dapat,” tulisnya kepada peminat.
    Sementara itu, Iman turut mengesahkan status Doktornya adalah sah dari sisi undang-undang.
    “Datuk saya sah dan saya dapat dari Pahang. Manakala status Doktor saya pula sudah dimasukkan ke dalam kad pengenalan saya.
    “Kad pengenalan berstatus Doktor ini pun dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, bukan suka-suka boleh letak macam itu,” katanya kepada Media Hiburan.
    Pada masa yang sama, dia akui dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak yang ingin terus menghentamnya.
    “Sebenarnya saya pun seorang manusia biasa saja. Kadang tanpa saya sendiri sedar benda yang saya lalukan rupanya salah, perkara itu orang tidak suka. Tapi saya tak boleh nak puaskan semua hati orang.
    “Kadang-kadang banyak juga kontroversi yang berlaku pada diri saya. Antaranya gelaran Datuk saya ambil dari Naning dan pernah juga dikaitkan dengan kakak kepada Emma Maembong, Effa. Ketika itu pula saya ada masalah rumah tangga,” katanya lagi.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]