• Semasa

    Tempat Najip Ali Selaku Juri MLM 2017 Diganti Lain





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tempat Najip Ali Selaku Juri MLM 2017 Diganti Lain | PELAKON dan pelawak Najib Aliyang terlibat dalam kontroversi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi rancangan bual bicara komedi berjudul OK Chope! di Singapura, dilaporkan tidak akan lagi menjadi juri tetap program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017.

    Menurut seorang sumber kepada Harian Metro, tempat Najip bakal diganti dengan seorang lagi bintang lain yang juga merupakan bekas pengkritik program realiti itu.
    Identiti pengganti Najip hanya akan diketahui pada Jumaat ini menerusi siaran langsung MLM yang bermula jam 10 malam menerusi saluran Astro Warna dan Mustika HD.
    Ditanya mengenai maklumat yang diterima ini, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad bagaimanapun enggan mengulas isu ‘panas’ tersebut dengan lebih lanjut.
    “Buat masa sekarang, pihak kami tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya ringkas. Selain Najip, juri tetap lain ialah Datuk Rosyam Nor, Luna Maya dan Neelofa.
    Difahamkan, ‘ketiadaan’ Najip dalam program realiti mingguan itu susulan Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR) dalam satu kenyataan mendesak bintang itu menggantungkan diri.
    Ia dibuat sebagai tanda penyesalan mengeruhkan hubungan rakyat dan pemimpin dua negara. Selain itu, persatuan SENIMAN juga dijangka bakal membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Jumaat ini.
    OK Chope! yang bersiaran setiap Rabu malam itu menjadi kontroversi susulan pertanyaan hos, Vernetta Lopez yang berbunyi: “Najib slams ____ for threatening Malaysia’s progress” atau dalam bahasa Melayu: “Najib membidas ____ kerana mengancam perkembangan negara.”
    Bagaimanapun, jawapan yang diberi selebriti yang hadir iaitu Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See pada program itu dilihat seolah-olah menyindir pemimpin Malaysia.
    Menerusi soalan itu, Najip dilihat cuba menjadikan Perdana Menteri sebagai bahan jenaka dengan menjawab Najip with the ‘P’ slams Najib with the ‘B’ (Najip huruf ‘P’ bidas Najib huruf ‘B’).”

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]