• Semasa

    i-Lestari KWSP : Cara Daftar & Permohonan Pengeluaran Online





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    i-Lestari KWSP : Cara Daftar & Permohonan Pengeluaran Online, berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pengeluaran Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan daripada KWSP. Untuk makluman, program di bawah i-Lestari KWSP ini boleh dibuat secara online, emel atau pos bermula 1 April 2020.

    i-Lestari KWSP : Cara Daftar & Permohonan Pengeluaran Online


    Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat rasmi dari portal KWSP (rujukan).

    Semakan Online tiada kena mengena dengan mana-mana agensi Kerajaan di Malaysia.

    Kami hanyalah blog informasi yang menyediakan maklumat lengkap berdasarkan fakta yang diperoleh dari portal rasmi Kerajaan.

    Cara Daftar & Permohonan Pengeluaran KWSP Online


    Isi Kandungan:  Tunjuk
    SOALAN LAZIM I-LESTARI KWSP
    Seperti dimaklumkan Perdana Menteri, ahli boleh memohon pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020.

    Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum).

    Namun ianya bergantung juga baki jumlah simpanan akaun 2 ahli.

    Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.

    Pengeluaran hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun sahaja iaitu dari April 2020 hingga Mac 2021.

    Bayaran akan mula dibuat pada Mei 2020.

    Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Akaun 1 & 2

    CARA MEMOHON
    Terdapat tiga cara ahli boleh mengemukakan permohonan.


    Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
    Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
    Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:
    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    Karung Berkunci No 220,
    Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
    (Pengeluaran i-Lestari)

    Ahli perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.

    SIAPA YANG LAYAK MOHON?
    Permohonan pengeluaran i-Lestari hanya untuk golongan berikut:

    Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
    Berumur bawah 55 tahun
    Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2
    Bukan warganegara akan dibuka fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan).

    Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?

    Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

    Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

    Mengapakah kekerapan Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

    Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

    Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

    Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

    Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my

    i-Lestari KWSP : Cara Daftar & Permohonan Pengeluaran Online


    1 ulasan:

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]