• Semasa

    Semakan Bayaran BPR Fasa 1 Bujang & Isi Rumah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Semakan Bayaran BPR Fasa 1 Bujang & Isi Rumah - Difahamkan mulai 22 Februari 2021, ada pemohon yang telah menerima bayaran BPR Fasa 1 (BSN). Untuk makluman, bayaran BPR Fasa Pertama ini akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.




    Terkini satu kenyataan rasmi telah dibuat di portal rasmi BPR di mana pembayaran akan dibuat bermula 24 Februari.

    Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion. Bayaran ini akan disalurkan seperti berikut:

    Semakan Bayaran BPR Fasa 1 Bujang & Isi Rumah


    Jika anda telah memohon ataupun merupakan penerima BSH dan BPN sebelum ini, anda bolehlah membuat semakan melalui langkah di bawah:

    Isi Kandungan  tutup 
    Semakan Status Permohonan BPR 2021
    Kaedah bayaran
    Kadar Bayaran BPR Fasa 1
    Maklumat Lanjut Tentang Bayaran BPR Fasa 1
    Semakan Status Permohonan BPR 2021
    Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:



    Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
    Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
    Tekan butang ‘Semak Status’
    Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
    Kaedah bayaran
    Seperti BSH dan BPN sebelum ini, kaedah bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan.

    Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan, sila ikuti channel Telegram kami di https://t.me/ecentral

    Pembayaran tunai pula akan dilakukan melalui kaunter BSN mengikut tarikh yang akan diberitahu secara rasmi dalam masa terdekat ini.

    Semakan Bayaran BPR Fasa 1 Bujang & Isi Rumah


    bayaran bpr fasa 1
    Kadar Bayaran BPR Fasa 1
    Bayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

    Fasa 1 – Februari 2021
    Fasa 2 – September / Oktober 2021
    Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:


     
    Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500
    1 orang anak RM1,200
    2 orang anak atau lebih RM1,800
    Isi rumah berpendapatan antara RM2,001 – RM4,000
    1 orang anak RM800
    2 orang anak atau lebih RM1,200
    Bujang berpendapatan bawah RM2,500
    21 tahun ke atas RM350
    Baca juga: eKasih 2021: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan

    Maklumat Lanjut Tentang Bayaran BPR Fasa 1

    Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

    Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
    Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
    MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
    Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]