• Semasa

    Login SAPS Semakan Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Login SAPS Semakan Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Bagaimana Semak SAPS Ibu Bapa keputusan peperiksaan secara online? Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA. 


    Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak termasuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, peperiksaan percubaan UPSR, PT3/PMR dan SPM. Semakan keputusan Ujian 1 dan 2 juga boleh disemak secara online. 

     Semakan SAPS Online Sistem Analisis

    Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Butang Papar Slip Keputusan akan memaparkan keputusan terperinci ujian atau peperiksaan seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas. peratusan dan lain-lain lagi.

    Login SAPS Semakan Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

    Ibu bapa hari ini tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah setiap kali mahu mendapatkan keputusan anak-anak kerana dengan adanya sistem SAPS Semakan Ibu Bapa, anda hanya perlu login untuk semak keputusan pelajar sepanjang tahun 2020.

    Pengenalan sistem ini disambut baik semua waris kerana memudahkan proses pemantauan perkembangan dan kemajuan anak-anak di sekolah.

    Perhatian! Sistem SAPS ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf keselataman sistem tersebut.

    Semakan keputusan SPM 2015 melalui online dan SMS bermula 3 Mac 2016 di Keputusan SPM 2015.

    Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!


    SAPS Ibu Bapa Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

    Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini menyediakan semakan bagi darjah 1 hingga darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ianya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Untuk keputusan peperiksaan terkini, sila pastikan anda membuat semakan selepas markah diisi.dikemaskini oleh guru.

    Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online

    Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:

    saps1

    Pergi ke laman web SAPS dan klik SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

    Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).

    Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan pilih Tahun peperiksaan.

    Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah

    saps2

    Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR/PT3 serta SPM dan sebagainya.

    Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

    Terdapat juga applikasi mobile di Android untuk membuat Semakan SAPS online. SAPS Ibu Bapa - Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa SAPS NKRA Online adalah Aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar dan ibu bapa melakukan semakan dan mengetahui keputusan markah peperiksaan sekolah rendah dan menengah.

     Sila muat turun dan pasang aplikasi ini di SAPS Android untuk semak sendiri keputusan peperiksaan sekolah anak anda secara online. 

    Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. via Malaysia Tercinta

     TALIAN SEMENTARA : 012-6497579

    Waktu operasi helpdesk SAPS

    Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg

    (kecuali cuti umum)

    Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg

    (kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg) 

    * Nota

    Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian Terkini

    Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

    Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016

    Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016

    Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016


    Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2016


    Moga sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini bermanfaat dalam melihat dan mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak kita semua.Moga semuanya berjaya.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]