• Semasa

    Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2021





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2021 - Pelajar-pelajar tahun pertama atau tahun kedua yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di Universiti Awam bagi tahun 2021, permohonan bagi Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021 akan dibuka.

    Permohonan Biasiswa ISMP 2021


    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa permohonan Biasiswa ISMP Tahun 2021 akan dibuka bermula 1 Mac 2021 (Isnin) pada jam 5.00 petang sehingga 31 Mac 2021 (Rabu) pada jam 5.00 petang.

    Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2021

    Untuk makluman, Biasiswa ISMP diwujudkan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan bagi dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah KPM berdasarkan keperluan bidang KPM.


    Selepas tamat pengajian, pelajar terbabit perlu lulus dalam proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam dan berkhidmat dengan KPM selama 4 tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dengan syarat pelajar tamat dalam tempoh yang ditetapkan.

    Isi Kandungan:  Simpan 

    Senarai Elaun

    Bidang Yang Ditawarkan

    Syarat Permohonan

    Cara Memohon

    Pertanyaan & Maklumat Lanjut

    Senarai Elaun

    Pelajar yang berjaya memperoleh Biasiswa ISMP Tahun 2021 layak menerima elaun berikut:


    Bidang Yang Ditawarkan

    Pelajar dalam bidang tersebut layak untuk memohon Biasiswa ISMP Tahun 2021:


    Bahasa Melayu

    Bahasa Inggeris

    Bahasa Cina

    Bahasa Iban

    Bahasa Kadazan/Dusun

    Sejarah

    Geografi

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

    Seni Visual

    Seni Kulinari

    Pendidikan Khas

    Pendidikan Islam

    Pendidikan Moral

    Kaunseling

    Dini

    Tahfiz

    Reka bentuk Teknologi

    Kesetiausahaan Pentadbiran

    Kejuruteraan Awam

    Teknologi Automatif

    Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara

    Teknologi Pemesinan Industri

    Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan

    Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam

    Fesyen dan Pembuatan Pakaian

    Kosmetologi

    Pelancongan

    Pemasaran

    Syarat Permohonan

    Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:


    Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;

    Umur pemohon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2021 (tahun permohonan).

    Pemohon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Pemohon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon.

    Bagi pemohon dalam Bidang Bahasa Inggeris/TESL/TESOL, pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.

    Bagi pemohon dalam Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, pemohon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA)/Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.

    Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga.

    Pemohon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.

    Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

    Cara Memohon

    Untuk memohon Biasiswa ISMP, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:


    Layari laman web https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.

    Daftar no kad pengenalan dan kata laluan pada tab ‘Permohonan Baru.’

    Klik butang ‘Masuk.’

    Lengkapkan semua maklukan yang mempunyai tanda *.

    Klik butang ‘Simpan’ bagi ke halaman seterusnya.

    Untuk perakuan, sila tandakan (✓) pada kotak yang disediakan.

    Klik butang ‘Simpan.’

    Klik butang ‘Hantar’ setelah melengkapkan permohonan dan cetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan untuk bukti permohonan.

    Pertanyaan & Maklumat Lanjut

    Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan KPM di talian 03-8321 7138/7157/7159/7113/7154 atau email ke penawaran.bb@moe.gov.my.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]