Posisi bersetubuh malam pertama. Malam pertama adalah malam yang paling bermakna untuk pengantin baru. Inilah malam yang akan menyatukan tubuh anda berdua dengan cinta dan nafsu, kedua-duanya sama penting.
Oleh itu, memilih posisi bersetubuh untuk mengharungi malam pertama juga sama pentingnya. Terutama sekali jika ini adalah PENGALAMAN PERTAMA BERSETUBUH anda berdua.
Posisi bersetubuh malam pertama
5 Posisi Bersetubuh Malam Pertama
Apabila ingin memilih posisi seks yang sesuai untuk malam pertama, anda berdua perlu pilih posisi yang ringkas tetapi nikmat. Elakkan memilih posisi yang kompleks atau memerlukan anda berdua berada dalam keadaan yang tidak selesa.
Jangan sesekali terpengaruh dengan aksi pelakon yang anda tonton di video porno.
Di sini saya beri 5 posisi bersetubuh malam pertama yang sangat sesuai untuk mereka yang baru mendirikan rumahtangga.
Posisi missionary
Posisi missionary adalah posisi klasik, tradisional dan sangat sesuai digunakan sebagai posisi pertama anda. Posisi ini sangat fleksibel dan serba boleh. Anda boleh mencari posisi yang paling sesuai dengan bentuk tubuh fizikal anda berdua untuk nikmat maksimum. Anda juga boleh berbicara dan mengucapkan kata-kata cinta ketika melakukan posisi ini.
Posisi bersetubuh malam pertama
Posisi berdepan
Posisi ini juga boleh digunakan sekiranya anda memulakan foreplay dengan ciuman dalam keadaan duduk. Posisi ini sangat sesuai untuk pasangan yang romantik. Posisi berdepan ini tidak memerlukan banyak tenaga dan boleh dilakukan dalam keadaan perlahan dan tenang. Anda berdua juga bebas menggerakkan tangan untuk meneroka tubuh pasangan.
Posisi spoon
Sekiranya pasangan anda malu-malu untuk menghadap muka anda, cuba mulakan dengan posisi seks spoon. Posisi ini sesual dan boleh dimulakan dengan perlahan, tidak perlu tergesa-gesa. Si suami boleh membisikkan kata-kata cinta kepada telinga isteri semasa melakukan posisi ini. Si isteri pula boleh memegang tangan suami dan menggerakkan punggung selari dengan tujahan suami. Antara kelebihan utama posisi spoon ialah anda boleh melakukan posisi ini dalam jangkamasa yang panjang kerana posisi ini tidak memenatkan anda berdua.
Posisi bersetubuh malam pertama
Posisi flat
Selepas melakukan posisi spoon, pasangan masih malu-malu untuk berdepan – teruskan dengan posisi flat. Si isteri meniarap dan mengangkat sedikit punggung beliau, lalu si suami memasuki isteri dari belakang. Sekiranya suami ingin menujah lebih dalam, minta isteri angkat punggung lebih tinggi dan gerakkan punggung untuk memberi lebih nikmat kepada suami. Isteri juga bebas untuk menggosok biji kelentit beliau pada posisi ini.
Posisi cowgirl
Posisi ini sesuai sekiranya si isteri lebih ‘daring’ dan ingin menguasai keadaan. Suami berbaring dan membengkokkan sedikit kaki. Isteri memasuki suami dari atas dan boleh memilih kedalaman tujahan yang diingini. Isteri juga boleh menggerakkan punggung ke depan dan ke belakang, atau menggerakkan punggung dalam arah putaran jam untuk beri nikmat yang berbeza kepada suami. Posisi yang sangat nikmat jika dilakukan dengan betul.
Tiada ulasan