Punca Benjolan Pada Kulit Buah Zakar. Terdapat benjolan pada kulit buah zakar? Perlukah anda risau atau ini adalah normal dan berlaku kepada setiap lelaki. Bagaimana pula jika anda berasa sakit pada benjolan tersebut? Ini adalah soalan yang ditanya pada soal jawab kali ni.
Saya berusia 24 tahun dan mempunyai masalah benjolan pada kulit buah zakar sebesar butir jagung. Sebelum ini ia keras dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun, dalam beberapa hari ini, ia menjadi kemerah-merahan dan sakit apabila ditekan.
Adakah ia simptom kanser buah zakar? Apakah yang perlu saya lakukan dan bagaimanakah cara untuk mengubatinya?
Punca Benjolan Pada Kulit Buah Zakar
Jawapan
Kulit kerandut buah zakar mengandungi bulu roma, pundi peluh atau sweat gland dan pundi sebaceous atau cecair pelembap semula jadi untuk kulit. Jarang kali pundi sebaceous timbul dan muncul sebagai jerawat, kelihatan kekuningan dan ini berlaku apabila salur pundi terkandas.
Jarang kali juga sel pundi yang terkandas itu masih aktif dan menghasilkan banyak pelembap dan ini membuatkan pundi itu lebih terjojol dan kelihatan lebih besar. Jika bonjolan ini dipicit, akan terasa sakit.
Jika berlaku pula jangkitan, pundi itu akan menjadi radang dan membesar. Jika kebetulan pundi itu pecah, iaitu takungan nanah dalamnya terkeluar, maka bisul akan kelihatan kemerah-merahan dan berbau seperti mentega busuk.
Punca Benjolan Pada Kulit Buah Zakar
Jelas masalah yang anda alami itu mungkin jerawat kerandut. Ia muncul kerana salur pundi pelembap sebaceous terkandas. Ini berlaku mungkin kerana anda mencukur bulu roma kerandut.
Jadi, jika jerawat ini kelihatan besar dan menyakitkan, ia boleh dirawat dengan mengeluarkan isi kandungannya di mana-mana klinik.
Untuk mengelakkannya berulang, anda perlu berhenti mencukur bulu roma kerandut. Sebaliknya, anda boleh trim bulu roma atau sapukan krim penghapus bulu roma yang terdapat di kebanyakan farmasi.
Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada doktor keluarga dan menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Punca Benjolan Pada Kulit Buah Zakar
Tiada ulasan