• Semasa

    Hubungan suami isteri perlu kekal kestabilan emosi





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Hubungan suami isteri perlu kekal kestabilan emosi. DALAM menghadapi cabaran dalam alam rumahtangga ketika penularan wabak Covid-19 ini, pasangan suami isteri diminta mewujudkan suasana toleransi dalam usaha mengekalkan kestabilan emosi masing-masing.


    Pemangku Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Azlan Shah Nazrudin berkata pasangan suami isteri digalakkan menggunakan situasi ini untuk mengeratkan ikatan perkahwinan dan mengekalkan emosi yang stabil.

    Hubungan suami isteri perlu kekal kestabilan emosi

    Menurutnya, emosi seperti marah, kecewa, tertekan, keliru dan sebagainya adalah faktor pendorong konflik berpanjangan di antara pasangan.

    “Ada beberapa aktiviti untuk pasangan suami isteri untuk mengurus emosi yang mana mereka perlu bersikap realistik dan elakkan isu yang tidak relevan diungkitkan bersama pasangan. Tumpukan masa bersama untuk menjadi pendengar yang terbaik dan berkongsi pandangan adalah lebih bermanfaat.

    “Selain itu mereka boleh menonton cerita berunsur romantik dan komedi bersama pasangan, melakukan aktiviti memasak bersama yang secara tidak langsung peluang untuk mengetahui citarasa masing-masing,” katanya dalam sebuah kenyataan.

    Hubungan suami isteri perlu kekal kestabilan emosi

    Azlan berkata, bagi mengelakkan kebosanan, pasangan boleh membuat senaman ringan bersama kerana ia boleh mengurangkan tekanan dan mewujudkan emosi gembira bersama keluarga.

    “Apa yang penting adalah komunikasi efektif untuk mengeratkan hubungan bersama pasangan. Amalkan penggunaan perkataan seperti tolong, terima kasih, maaf dengan penuh kasih sayang untuk mewujudkan emosi gembira bersama suami isteri.

    “Komunikasi seperti ini haruslah sentiasa diamalkan untuk mengekalkkan perasaan hormat menghormati serta saling menyayangi. Tingkah laku positif bersama dengan komunikasi mesra dapat mengukuhkan hubungan pasangan suami isteri dengan lebih matang dan dewasa,” katanya.

    Tambah beliau, bagi mengekalkan kestabilan emosi dalam keadaan yang mencabar ini, adalah sangat penting bagi setiap pasangan suami isteri supaya sentiasa saling mencintai, memberi perhatian serta komitmen tanpa putus asa.

    Azlan berkata dia merujuk kepada media antarabangsa yang melaporkan terdapat peningkatan permohonan untuk bercerai di China selepas tempoh kuarantin di negara itu.

    Menurutnya, sejumlah 300 pasangan di negara itu yang membuat permohonan hingga 24 Februari lalu untuk bercerai dan 14 permohonan sudah didaftarkan dalam masa sehari iaitu melebihi had yang ditetapkan 10 permohonan untuk sehari.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]