• Semasa

    Suami Lemah Syahwat Batin? Kembalikan Kehangatan Di Ranjang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Suami Lemah Syahwat Batin? Kembalikan Kehangatan Di Ranjang. Lemah tenaga batin atau turut digelar rendah libido ternyata menimpa ramai lelaki, namun hanya segelintir yang berani menyuarakan masalah dihadapi dek kerana rasa malu. Apa yang mereka mungkin tidak sedar, amat penting untuk memahami lemah tenaga batin dan rawatan yang boleh dilakukan!

    Suami Lemah Syahwat Batin



    Libido rendah? Apa ertinya? Libido rendah membawa maksud penurunan rangsangan seks yang boleh mengganggu aktiviti di ranjang.

    Suami Lemah Syahwat Batin? Kembalikan Kehangatan Di Ranjang


    Walaupun hal ini berupaya timbulkan ketegangan dalam hubungan, keraguan dan rasa bersalah terhadap pasangan, namun ia sebenarnya dapat ditangani jika penyebabnya diketahui.

    Perlu kalian faham, libido rendah tidak boleh dikelirukan dengan mati pucuk (ED), walaupun kedua-dua kondisi boleh terjadi serentak.

    Komunikasi dan kejujuran amat diperlukan untuk pasangan mengatasinya, dan dalam masa sama mengenal pasti kemungkinan pemicunya.

    Masalah lemah tenaga batin dan rawatan boleh berbeza-beza, yang mungkin melibatkan psikoterapi, penggantian hormon, perubahan gaya hidup, atau penyesuaian ubat-ubatan tertentu.

    Jadi, apa punca-punca di sebalik lemah tenaga batin dalam kalangan lelaki? Teruskan pembacaan ya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Libido rendah dalam kalangan lelaki, ini punca-puncanya!
    Lemah syahwat batin kadangkala boleh disebabkan oleh 1 faktor tetapi ia lebih sering berkaitan dengan pelbagai faktor lain, yang setiap satunya menyumbang dengan cara tersendiri.

    Hormon testosteron rendah: Paras testeron rendah, juga boleh dipanggil ‘rendah T’ adalah normal bagi golongan berusia. Tapi, penurunan testosteron dalam kalangan orang muda boleh menjadi indikasi kepada penyakit kronik; tekanan darah tinggi, diabetes jenis 2, dan penyakit jantung.

    Kesan sampingan ubat-ubatan: Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan libido yang rendah pada lelaki. Beberapa jenis ubat berisiko memicu lemah syahwat batin antaranya; anticonvulsants, antidepresi, antipsikotik, beta-blockers, benzodiazepines dan statins.

    Depresi/kemurungan: Depresi bukan sahaja boleh menyebabkan masalah lemah batin, tetapi turut membuatkan keadaan yang sukar menjadi lebih teruk! Ubat antidepresi dapat merawat kemurungan, tapi ia berisiko menjejaskan rangsangan seksual.

    Mempunyai penyakit kronik: Tahap kesakitan dan keletihan yang tinggi disebabkan oleh penyakit kronik yang dihadapi boleh mengakibatkan lemah tenaga batin.

    Stres atau alami kesulitan tidur: Stres yang berpanjangan boleh menjejaskan mood untuk bersama. Tekanan turut dikaitkan dengan insomnia dan masalah tidur lain, yang boleh meningkatkan risiko keletihan dan membuat anda kurang berminat dengan seks.

    Gaya hidup tidak sihat: Terdapat gaya hidup tertentu yang boleh memicu libido rendah pada lelaki seperti banyak minum arak, merokok, obes serta bersenam terlalu sikit atau berlebihan.
    Apakah antara simptom lemah tenaga batin?

    Berdasarkan iklan-iklan yang dipamerkan di media sosial atau sesetengah laman sesawang, anda mungkin percaya antara tanda lemah tenaga batin adalah merasa letih atau moody, kan?

    Hakikatnya, gejala libido rendah lebih sekadar itu! Tanpa mengambil faktor usia, simptom-simptomnya merangkumi:

    Kemandulan
    Keguguran rambut yang banyak
    Pengurangan jisim otot
    Peningkatan lemak badan
    Payudara lelaki membesar
    Gangguan tidur
    Selalu keletihan
    Sukar fokus
    Kemurungan
    Penurunan libido atau aktiviti seksual
    Disfungsi ereksi, atau masalah mendapatkan atau mengekalkan ereksi
    Lemah tenaga batin dan rawatan yang boleh dilakukan
    Bergantung pada penyebabnya, kemungkinan lemah tenaga batin dan rawatan yang boleh dilakukan merangkumi:

    Terapi penggantian testosteron
    Kaunseling
    Menukar kepada ubat lain atau baharu sekiranya ubat yang digunakan menjejaskan rangsangan seks
    Pilih gaya hidup yang lebih sihat; amal diet sihat, kerap bersenam, cukup tidur, kurangkan alkohol, dan menguruskan tekanan
    Doktor anda juga mungkin bakal mengesyorkan terapi jika faktor psikologi menjadi puncanya.

    Dalam kebanyakan kes, masalah libido rendah merujuk kepada keinginan untuk berintiman dengan pasangan, namun tidak semestinya secara seksual.

    Justeru hal ini akan dibincangkan bersama ahli terapi, sama ada secara bersendirian atau bersama dengan pasangan anda.

    lemah tenaga batin dan rawatan

    Di samping itu, sekiranya pemicu lemah syahwat batin adalah kemurungan, ubat antidepresi dapat membantu!

    Pun begitu, anda masih perlu berwaspada kerana sesetengah kesan sampingan ubat antidepresi berupaya merendahkan libido.

    Bagaimana dengan masalah lemah tenaga batin dan rawatan mudah yang mungkin pernah dilihat di media sosial dan majalah, seperti pil biru, Viagra?

    Untuk pengetahuan pembaca, ubat ini sebenarnya tidak meningkatkan libido! Pil ini hanya membantu kalian mendapat dan mengekalkan ereksi saat bersenggama.

    Konklusi
    Dapat kita lihat, libido yang rendah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor merangkumi fizikal, emosi, atau psikologi.

    Jika ia menjejaskan hubungan anda, elakkan menyalahkan diri sendiri atau pasangan secara langsung.

    Sebaliknya, lakukan komunikasi yang terbuka dan jujur ​​dengan pasangan untuk berkongsi tentang isu yang dihadapi.

    Selain itu, dapatkan bantuan perubatan profesional daripada doktor dan pakar berdekatan anda!

    Akhir kata, sila peka dengan badan anda dan maklumkan doktor dengan sebarang perubahan atau sensasi yang dialami.

    Jangan abaikan masalah lemah tenaga batin dan rawatan perlu dilakukan berdasarkan cadangan pakar.

    Lebih cepat tindakan diambil, lebih cepat masalah libido yang rendah dapat diatasi!

    Sumber: Hello Doktor

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]