• Semasa

    Berita OMG: 5 pelajar aktif samun diberkas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    KUALA LUMPUR - Lima penuntut kolej yang aktif menyamun kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan Brickfields, di sini, ditahan Jumaat lalu.
    Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Aida Abdul Hamid berkata, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong, pada jam 5.50 pagi.


    “Hasil soal siasat, kami berjaya memberkas empat lagi rakannya di sebuah apartmen yang dijadikan asrama untuk sebuah kolej di Shah Alam,” katanya.

    Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta Kancil, dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun, termasuk tukul, pisau dan topeng.
    “Modus operandi kumpulan terbabit ialah menyamun kedai serbaneka pada lewat malam.

    “Kumpulan yang menggunakan topeng itu akan mengacukan pisau dan tukul kepada pekerja kedai, sebelum melarikan beberapa kotak rokok, minuman keras dan wang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, semalam.

    Aida berkata, mereka juga dipercayai menyamun sebuah kedai rangkaian 7-Eleven di Sri Hartamas pada 30 Julai lalu.

    “Kami percaya dapat menyelesaikan enam kes samun, dipercayai membabitkan kelima-lima penuntut kolej yang berusia dari 17 hingga 23 tahun itu,” katanya.

    Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

    Dalam kes berasingan, sepasukan anggota polis berjaya memberkas dua lelaki yang dipercayai memiliki pistol palsu dan alat renjatan elektrik untuk melakukan samun.

    Aida berkata, kedua-dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun itu menaiki motosikal Yamaha 135 LC warna hitam yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

    “Sepasukan anggota polis mengekori kedua-dua lelaki itu sebelum memberkas mereka di Jalan Telawi, Bangsar, kira-kira jam 11.30 malam, Sabtu lalu,” katanya.

    Katanya, kedua-dua suspek itu menggunakan pistol palsu dan alat renjatan elektrik untuk menakutkan mangsa sebelum melakukan samun.

    “Kami turut merampas tiga telefon pintar dan sebuah tab serta tiga keping surat pajak gadai,” katanya.

    Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Akta Senjata 1960.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]