Doktor wanita terlibat Syiah ditahan di Taiping [BACALAH...]
IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk
seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping semalami kerana terlibat
dengan fahaman serta ajaran Syiah.
Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin berkata mereka yang ditahan ialah
Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51.
Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad
Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan
Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula pukul 11.25 pagi.
"Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah
Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan
dokumen berkaitan Syiah. - Bernama.
Tiada ulasan