• Semasa

    Berita OMG: Dakwat kekal Jadi bahan gurauan menjelang hari raya





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Isu dakwat bukan saja menjadi cerita sedih untuk pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya ketika pilihan raya lalu tetapi kini menjadi bahan gurauan pula menjelang Aidil Fitri.

    Ia dijadikan bahan ejekan dalam bentuk kartun, tulisan dan juga bahan senda gurau dalam ucapan selamat hari raya.

    Kali ini orang ramai diminta menggunakan dakwat kekal untuk memastikan mereka tidak memberikan duit raya lebih dari sekali kepada setiap penerima.

    Jadi setiap kali memberikan duit raya mereka disaran mencelupkan jari penerima dengan dakwat kekal.

    Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof antara pihak yang sangat sensitif dengan isu dakwat kekal.

    Dalam satu temuramahnya dengan media beliau melahirkan rasa kecewanya dengan episod dakwat kekal yang tidak kekal dalam pilihan raya umum lalu.
    "Kalau orang tanya saya apakah yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan kata dakwat kekal," kata Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada pertengahan Jun lalu.

    Penulis dan juga blogger Aspan Alias dalam tulisannya turut memainkan isu ini dalam tulisan terbarunya.

    Bagi Aspan, dakwat kekal bukan saja boleh digunakan untuk pilihan raya tetapi juga untuk hari raya.

    "Dakwat kekal ini sangat penting, ia boleh digunakan oleh semua orang, baik pilihan raya tetapi juga semasa hari raya," tulis Aspan yang menyertai DAP menjelang pilihan raya lalu.


    Selain Aspan, ramai yang mengedarkan ucapan selamat hari raya dengan mesej elakkan kanak-kanak dapat duit raya dua kali dengan gunakan dakwat kekal.  7 Julai, 2013. - TMI

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]