Berita OMG: Teresa buat laporan polis ekoran blog dakwa dia mahu duit zakat
Satu laporan polis telah dibuat oleh Teresa Kok terhadap sebuah blog yang mendakwa ahli Parlimen DAP itu mahukan duit zakat.
Ahli Parlimen Seputeh itu menegaskan, artikel berkenaan bertajuk 'Cina pun mahu duit zakat - Teresa Kok', dalam laman blog: bnbesut.blogspot.com adalah hasutan dan menimbulkan kebencian Muslim terhadapnya kerana ia disiarkan di laman sosial secara meluas.
"Ini adalah jenayah penipuan dan hasutan. Polis perlu menyiasatnya," katanya hari ini selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seri Petaling.
Tambahnya lagi, beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia terhadap penulis blog berkenaan, yang belum dikenal pasti.
Jelasnya, laporan berkenaan adalah tindakan pencegahan yang dilakukannya supaya polis tidak lagi mengejarnya lagi, merujuk kepada insiden 2008 selepas beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama seminggu atas dakwaan penipuan yang menghasut.
"Polis telah merekodkan kenyataan saya tapi tapi belum klasifikasikan kes," katanya. - 7 Ogos, 2013. - TMI

Tiada ulasan