GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh bersedia mengisytiharkan
hartanya sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menetapkan
tarikh untuk semua ahli Parlimen berbuat demikian.
Menurutnya, pengisytiharan harta hanya akan dibuat atas permintaan kerajaan negeri, bukan atas desakan mana-mana pihak yang tidak berkaitan.
"Saya tidak akan layan apa-apa tuntutan atau desakan oleh mana-mana pihak yang tidak berkaitan bagi mengisytiharkan harta saya. Saya tidak mempunyai masa untuk memberi respon.
"Ini adalah pendirian saya yang jelas. Saya sedia tunggu tarikh untuk mengaudit harta jika ketua menteri tentukan tarikh," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Kerusi Undang-undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri, Ranjit Singh Dhilon mendesak Karpal dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan harta masing-masing.
Langkah itu katanya bagi membersihkan nama kedua-dua pemimpin itu daripada dikaitkan dengan surat misteri yang diedarkan kepada penduduk Permatang Pauh dua minggu lalu.
Sementara itu, tambah Karpal, walaupun Guan Eng tidak menuntutnya berbuat demikian, namun beliau sedia mengisytiharkan harta jika ditetapkan tarihknya.
Rabu lalu, Guan Eng berkata Karpal tidak perlu mengisytiharkan kerana tidak memegang sebarang jawatan eksekutif di dalam kerajaan negeri. - SH.

Tiada ulasan