Berita OMG: Satu lagi kejadian tembakan di Pulau Pinang
Berita OMG: Satu lagi kejadian tembakan di Pulau Pinang | Satu lagi kejadian tembakan di Pulau Pinang Pulak..
Pulau Pinang dikejutkan dengan satu lagi berita kejadian tembakan hari ini yang berlaku sekitar tengah malam di sebuah pusat hiburan Jalan Dato' Keramat.
Ini menjadikan jumlah kes seumpama itu kepada tiga sejak semalam. Dalam kejadian pertama, seorang lelaki terbunuh selepas terkena sepuluh das tembakan dari jarak dekat di Jalan Anson manakala dalam kes kedua, sebuah rumah di Jalan Utama ditembak ketika pemiliknya berada di luar negara.
Dalam kejadian terbaru itu, seorang 'bouncer' berusia 43 tahun ditembak tujuh kali, dengan satu daripadanya terkena pahanya.
Pihak polis berkata, mangsa dipercayai seorang anggota yang aktif dalam satu geng tempatan tetapi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Menurut Ketua Polis Georgetown ACP Gan Kon Meng, mangsa sedang keluar dari kereta, apabila seorang lelaki muncul di tempat kejadian dan melepaskan tembakan.
"Mangsa dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang dan keadaannya stabil," katanya.
Gan berkata polis menemui tujuh sarung peluru di tempat kejadian, dengan satu peluru terkena kereta Perodua Myvi yang terletak berdekatan.
Menurutnya, suspek melarikan diri dengan motosikal tanpa nombor plat. Rakaman CCTV menunjukkan dia berseorangan dan memakai topi keledar hitam. - Malaysiakini

Tiada ulasan