Highlands Tower: Ada ‘Benda’ Sentiasa Perhatikan [SAKSIKAN...]

Mengetengahkan konsep ‘found footage’, filem Highlands Tower yang memaparkan rakaman paranormal di lokasi sebenar tragedi pada 1993 dijangka mampu memenuhi cita rasa penggemar genre seram tempatan.
Filem arahan pengarah muda Pierre Andre ini turut mempertaruhkan barisan pendatang baru di persada hiburan iaitu Mikael Andre, Niezam Zaidi, Shima Anuar, Eddy Rauf, Atikah Suhaime, Adibah Yunus dan Zairi Zainal.
Pelakon yang berasal dari Tampines, Singapura, Atikah, 22, mengakui
dia terima tawaran berlakon dalam filem itu kerana ingin menimba
pengalaman kerja belakang tabir sebuah projek dokumentari.
“Idea untuk buat projek dokumentari Highlands Tower adalah dari Mikael sendiri. Selepas rakaman ‘footage’ barulah projek ini digarap menjadi sebuah filem oleh Pierre.
“Sebagai persediaan, saya juga buat kajian menerusi Internet mengenai tragedi Highlands Tower kerana ingin mendapat gambaran sebenar tragedi ngeri yang pernah berlaku di negara ini dulu.
“Tapi saya tak percaya bila dengar pelbagai cerita yang mendakwa lokasi kejadian ini berhantu sehinggalah saya sendiri menjejakkan kaki ke Highlands Tower untuk merakamkan aktiviti paranormal khusus untuk projek dokumentari berkenaan,” katanya.
Pada sesi fotografi yang diatur Rap yang berlangsung di Studio Balai Berita baru-baru ini, Atikah turut bercerita pengalaman menakutkan ketika penggambaran di Highlands Tower itu.
“Semuanya bermula bila saya melihat Shima tiba-tiba berjoget seperti dirasuk hantu ketika rakaman dilakukan di lokasi tragedi Highlands Tower itu. Saya terus menangis dan menjerit seperti histeria. Pada masa itu, saya berasa diri seperti berada di awangan dan terus tidak ingat apa-apa lagi sehinggalah saya tersedar dan ditenangkan pelakon lain,” katanya.
Bagaimanapun, kata Atikah, dia sering bermimpi mengenai seorang perempuan di blok di mana mereka melakukan rakaman walaupun penggambaran Highlands Tower sudahpun berakhir.
“Dalam mimpi itu, saya juga melihat dalam keadaan samar ada seorang perempuan di tingkat 6, blok di Highlands Tower berkenaan dan ia sering menghantui diri saya. Apapun, ia memang pengalaman yang sukar dilupakan sebagai pelakon,” katanya.
Shima yang memegang watak sebagai hos dalam projek dokumentari Highlands Tower berkata, dirinya memang seorang yang penakut dan lemah semangat, tapi tetap ingin menyahut cabaran dalam cerita berkenaan.
“Saya turut mengalami kejadian menakutkan ketika penggambaran dokumentari itu. Kami sampai di lokasi rakaman, saya terus tertarik untuk mengambil gambar bulan mengambang dengan cantiknya pada waktu maghrib itu.
“Tiba-tiba, saya berasa lain macam, badan menjadi berat dan jantung terus berdegup kencang. Menurut pelakon lain, saya terus tidak bercakap dan nampak lain macam ketika itu.
Rupa rupanya saya sudah dirasuk dan tidak ingat apa-apa lagi.
Seperti Atikah dan Shima, Niezam juga terima tawaran Mikael untuk terbabit dalam dokumentari Highlands Tower kerana ingin menimba pengalaman baru terbabit dalam projek sedemikian.
“Saya berumur setahun ketika tragedi Highlands Tower berlaku. Justeru, saya ingin berasa sendiri pengalaman menjejakkan kaki ke lokasi sebenar tragedi berkenaan. Sepanjang rakaman dilakukan, saya tidak mahu fikir yang bukan bukan sebaliknya hanya fikir yang logik saja,” katanya.
Niezam juga tidak terkecuali berdepan pengalaman menyeramkan sepanjang rakaman paranormal berkenaan.
“Difahamkan tempat kami membuat rakaman itu adalah tempat simpan mayat mangsa tanah runtuh ketika tragedi itu. Bayangkan kami buat rakaman di blok C, tapi saya dengar bunyi pantulan suara datangnya dari blok A pula.
“Malah, setiap kali rakaman saya nampak ada refleksi cahaya lampu. Pada masa sama, saya juga berasa sukar nak bernafas, tapi saya fikir mungkin tempat itu berdebu,” katanya.
Sepanjang rakaman, kata Niezam, dia berasa ada yang tidak kena dan seperti ada orang yang sentiasa memerhatikan pergerakan mereka di situ.
“Lebih menakutkan, saya ada ambil gambar pokok pisang, tapi ada pelakon yang nampak ‘benda’ lain turut berada di situ. Kami juga terpaksa kembali semula ke lokasi kerana ‘footage’ yang diambil tidak cukup.
“Sepatutnya, kami shoot selama tiga hari saja, tapi terpaksa disambung lagi dua hari lagi. Selepas rakaman selesai, kami terus beredar segera dari situ sebelum kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Filem Highlands Tower mula menjengah pawagam seluruh tanah air bermula 31 Oktober lalu. - Metro.

Tiada ulasan