Kemalangan Ngeri Suami Isteri Maut Di Jalan Muar-Batu Pahat [SAKSIKAN...]

MUAR: Sepasang suami isteri maut apabila kereta Proton Persona yang mereka naiki merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena dan sebuah bas persiaran di Kilometer 25 Jalan Muar-Batu Pahat berhampiran Parit Belukang dekat Sungai Balang, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa Tan Chai Soon,55, dan isterinya How Siew Boon,54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Empat mangsa lain turut mengalami kecederaan iaitu seorang penumpang Nissan Serena Hanizah Misran,44, yang patah tangan kiri, pemandu bas berusia 46, serta dua penumpang bas wanita berusia 23 tahun dan 44 tahun.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Chai Soon gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh MPV dan bas berkenaan.
Rempuhan secara berdepan itu mengakibatkan kenderaan yang dinaiki pasangan berkenaan remuk teruk di bahagian depan menyebabkan Chai Soon terperosok di tempat duduk pemandu manakala isteri mangsa, Siew Boon tercampak keluar.
Dalam pada itu, MPV yang dinaiki tujuh sekeluarga itu turut terbabas ke kanan jalan lalu melanggar tiang lampu selepas dirempuh kereta pasangan berkenaan.
Bas persiaran yang membawa 28 penumpang berada dibelakang MPV itu turut terbabas ke kiri jalan dan memasuki kawasan kebun sawit ketika cuba mengelak kereta itu.
Pegawai Kanan Bomba 2, Balai Bomba dan Penyelamat daerah Rahman Taib berkata, satu jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa.
“Ketika tiba, mangsa sudah pun meninggal dunia dan kita mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan salah satu daripada mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Muar Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan.
Katanya, kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan dilaporkan stabil.
“Mayat kedua-dua mangsa kemalangan itu turut dibawa ke rumah mayat HPSF untuk bedah siasatan sebelum dituntut keluarganya.
“Kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya. - Metro.

Tiada ulasan