• Semasa

    Bas Terbalik, Tujuh Cedera Di Kilometer 27.9 Lebuh Raya PLUS (R&R) Dengkil





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    DENGKIL: Seorang wanita warga emas sakit dada manakala enam yang lain cedera apabila bas ekspres dalam perjalanan membawa 24 penumpang dari Klang ke Johor terbalik dalam kejadian lewat petang malam.

    Kejadian berlaku apabila satu daripada tayar bas berkenaan pecah menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan sebelum bas berkenaan terbabas ke sisi lebuh raya.

    Dalam kejadian kira-kira 7.02 petang di Kilometer 27.9 lebuh raya PLUS, dekat Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Dengkil itu, pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan. 

    Tujuh penumpang lain terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi berkata, seorang wanita warga emas terpaksa dikejarkan ke Hospital selepas mengadu sakit di bahagian dada sejurus kemalangan itu.

    Beliau berkata, keadaan wanita warga emas berkenaan bagaimanapun dilaporkan stabil selepas menerima rawatan kecemasan di hospital.

    "Selain itu, kecederaan enam mangsa lain tidak serius. Tujuh belas penumpang lain yang cedera hanya dirawat di lokasi kemalangan sebelum dibenarkan pulang," katanya.

    Menurutnya, sebuah kereta peronda lebuh raya ELITE 8 selain dua anggota dari Unit Tindakan Cepat (UTC) Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan sebuah peronda polis (MPV) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengawal lalulintas dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam bas.

    Zaldino berkata, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa. - myMetro.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]