• Semasa

    BONGKAR!!! Jep Sepahtu Terlalu Over!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    KALAU nak melawak boleh melawak tapi kalau bahan lawak yang keluar daripada mulut selalunya menyakitkan hati orang lain tentu akan mendatangkan masalah besar.

    Syed akui memang kumpulan Sepahtu ada ramai pengikut. Sejak mereka bermula sebagai Sepah lagi kebolehan Jepp, Shuib dan Mamat tidak boleh dipertikaikan.


    Bila Mamat keluar, Jep dan Shuib meneruskan kerjaya menerusi kumpulan Sepahtu dan terbaru mereka meneruskan kemaraan menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013).


    Yang tak berapa nak sedap bila ada peserta lain komplen pada Syed tentang mulut Jep yang over bila mereka sama-sama terlibat dalam rancangan tersebut.


    Kata salah seorang peserta, Jep memang kawan yang baik tetapi ada kalanya membangga diri sebab dia yang menggerakkan Sepahtu.


    Bila dia cakap macam itu sudah tentu orang lain pandang sinis pada dua lagi rakan Sepahtu, Shuib dan Rahim. Apa mereka yang lain tak menyumbang apa-apa ke untuk Sepahtu dalam MLM2013?


    Mungkin Jep tak sedar tentang perkara berkenaan tetapi bagi orang yang selalu sangat mendengar cerita yang sama mula rasa lain macam dan pelik dengan perangai Jep.


    Syed tak mahu komen hal-hal macam ini memandangkan penonton rancangan berkenaan boleh menilai sendiri apa yang terjadi.


    Mungkin juga ini strategi mereka untuk terus memburukkan Jep. Dalam pertandingan kan ada macam-macam perangai untuk buat orang lain jatuh. Tak gitu?

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]