• Semasa

    #MH370: “Anak saya tak buat salah”





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    PUTRAJAYA – Bapa kepada jurutera penerbangan Mohd Khairul Amri Selamat, yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, menafikan kemungkinan bahawa anaknya mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat.

    Selamat Omar, 60, berasa terganggu apabila soalan itu diajukan kepadanya, dan secara terbuka berkata: “anak saya tak buat salah”.


    “Tiada pihak berkuasa menghubungi saya mengatakan bahawa mereka akan pergi ke rumah anak lelaki saya.

    “Malah kalau mereka lakukan sekalipun, kita tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan. Mereka boleh datang ke rumah sekiranya perlu,” katanya.

    Ditanya sekiranya dia tahu di mana anak lelakinya bekerja, Selamat berkata, Mohd Khairul bekerja dengan sebuah syarikat swasta tetapi tidak tahu namanya, lapor mStar.


    “Anak lelaki saya bekerja dengan syarikat penerbangan swasta, dan sering mengembara ke tempat-tempat seperti Sydney, India dan Amerika Syarikat untuk membaiki pesawat,” katanya.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]