• Semasa

    BONGKAR !!! Penjelasan Jep Sepahtu isu maki peminat





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Penjelasan Jep Sepahtu Isu Maki Peminat – ‘Orang Nak Jatuhkan Saya’ - Baru-baru ini dunia hiburan tiba-tiba dikejutkan dengan penyebaran cerita mengenai dakwaan seorang peminat mendakwa dia dimaki oleh pelakon dan pelawak, Jep Sepahtu. Kejadian itu dikatakan berlaku ketika perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Mac lalu. Bagaimanapun menerusi sumber media, Jep menafikan dakwaan berkenaan dan anggap tuduhan itu satu fitnah. Jep juga berkata, tuduhan itu seolah-olah ada konspirasi yang mahu menjatuhkan dirinya.
    “Saya takkan maki peminat. Paling tak saya akan beritahunya secara baik. Tapi kalau sampai ada tuduhan yang kata saya memaki orang tersebut itu dah jadi satu fitnah. Kalau cerita negatif saya masih lagi boleh terima tapi janganlah sampai ia mengaibkan saya. Saya terkilan kerana perkara sebegini dah berlarutan sejak saya dalam Maharaja Lawak lagi. Ada sahaja cerita negatif tentang saya,” kata Jep Sepahtu.



    Dalam pada itu, pelawak yang berasal dari Kulai, Johor ini menegaskan, tuduhan yang disebarkan menerusi kiriman surat di ruangan gosip di sebuah akhbar itu secara terang-terangan bermotif untuk memburukkan dan menjatuhkan namanya.

    “Kalau berfikir secara logik, takkan saya nak buat macam itu bila ada peminat yang ingin ambil gambar? Kita tak tahu siapa yang suka kita dan siapa yang tak suka. Sebab saya sedar, orang yang paling penting membuatkan saya berada hingga ke tahap ini adalah peminat dan saya sangat menghormati peminat saya. Mustahil saya buat perkara macam tu!,” tegasnya.

    Enggan menunding jari kepada sesiapa, Jep berkata dia sedia memaafkan individu yang tidak bertanggungjawab itu, meskipun imejnya tercalar teruk.

    “Saya doakan supaya kepada sesiapa sahaja hentikan perbuatan ini agar tidak berlarutan kerana dikhuatiri akan berbalik kepada diri mereka sendiri. Sejujurnya saya dah penat. Tapi saya tak akan mudah mengalah. Mujurlah sehingga hari ini masih ada rakan yang benar-benar menyokong dan memberikan semangat buat saya,” katanya.

    Sumber

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]