• Semasa

    GEMPAR !!!! Penduduk pelik pesawat MAS berlegar di ruang udara





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kebimbangan orang ramai melihat sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jenis Boeing 737 berpusing beberapa kali di ruang udara berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, petang tadi tetapi tidak mendarat adalah latihan biasa dan bukannya menghadapi masalah.
    Pengurus Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Terengganu Ku Amir Ku Mansor berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan itu kerana ia perkara biasa apabila syarikat penerbangan memilih beberapa lapangan terbang di luar Lembah Klang yang mempunyai ruang masa tidak padat. 
    Menurutnya, orang ramai tidak perlu risau kerana ia latihan biasa dan sebelum ini sudah acap kali kapal terbang menjalani latihan di sini dan tiada perkara buruk berlaku. 
    Katanya, cuma kebelakangan ini timbul tanda tanya dalam kalangan orang ramai disebabkan beberapa kes berkaitan sebelum ini.
    Beliau berkata, syarikat penerbangan akan memaklumkan kepada DCA mengenai latihan diadakan dan tiada masa khusus ditetapkan untuk latihan kerana ia bergantung kepada banyak faktor antaranya ruang kosong di lapangan terbang, cuaca dan sebagainya.
    Justeru, beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi di laman sosial mengenai perkara berkenaan kerana ia boleh berlanjutan sekiranya tidak dikawal. - hmetro

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]