• Semasa

    BONGKAR !!! Punca Wings bengang dengan KRU Music..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Alamak, apa pula kisahnya dengan kumpulan Wings dan KRU Music? Khabarnya, Wings dilaporkan bengangdengan KRU Music sepanjang majlis sidang media serta pelancaranalbum baru Wings berjudulMenakluk Kosmos di Hard Rock Cafe.
    Seperti yang kita maklum, album terbaru Wings ini telah diterbitkan oleh KRU Music. Satu gabungan yang disifatkan cukup menarik bagi pemerhati industri muzik Malaysia. Jadi apa puncanya yang menyebabkan Wings bengang dengan KRU?
    wings bengang dengan kru 740
    Memetik sumber info, ada 7 sebab mengapa Wings bengang dengan KRU Music. Nak tahu kenapa anggota-anggota band muzik rock lagenda tersohor ini bengang. Ini sebab-sebabnya!
    1. Belum pun album Menaklum Kosmos berada di pasaran, sudah ada cetak rompaknya. Nampak sangat macam tidak ada penjagaan yang baik daripada pihak tertentu.
    2. Majlis sidang media serta pelancaran album itu seperti melepaskan batuk di tangga.
    3. Tiada bunting, banner atau poster Wings. Yang ada cuma banner-banner KRU. Menyebabkan beberapa wartawan tertanya-tanya apakah ini majlis sidang media dan pelancaran album baru Wings atau pun KRU?
    4. Sampul press release untuk majlis tersebut menggunakan sampul surat yang boleh didapati di kedai-kedai mamak atau 7-Eleven.
    5. Pada saat sidang media serta pelancaran album itu berlangsung pun, album baru Wings masih belum siap dan masih lagi dalam proses cetakan.
    6. Wartawan hiburan yang hadir untuk membuat liputan terhadap majlis tersebut hanya beberapa kerat saja dan tidak seramai seperti mana majlis sidang media Wings yang sebelum-sebelumnya.
    7. Wings seolah-olah diperlakukan seperti band muzik yang baru hendak menceburkan diri sedangkan mereka adalah legend di dalam industri muzik Malaysia.
    Apakah jawapan KRU Music terhadap perkara ini? Sama-sama kita nantikan…

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]