• Semasa

    Mengenang Kucing Yang Dipotong Kakinya Kerana Mencuri Seekor Ikan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Mengenang Kucing Yang Dipotong Kakinya Kerana Mencuri Seekor Ikan
    Mengenang Kucing Yang Dipotong Kakinya Kerana Mencuri Seekor Ikan | Pemergian seekor kucing kudung bernama Hero pada 24 November yang lepas akibat penyakit leukemia meninggalkan kesan yang mendalam kepada pencinta haiwan di negara ini.


    Hero kehilangan dua kaki hadapan setelah dipotong oleh individu kejam hanya disebabkan kucing malang itu mencuri ikan mentah di sebuah restoran di Semenyih, Selangor lapan tahun lalu.

    Laman Facebook Kakimotong Fan Club dilimpahi dengan kata-kata takziah dan semangat kepada pemilik Hero atau lebih dikenali dengan Papa Hero, Mohd. Hairey Yahya.

    Satu-persatu ucapan di laman tersebut dibaca, Tertarik dengan kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Nazirah Kay yang mungkin boleh dijadikan teladan kepada pembaca.

    “Semalam, mak cerita pasal orang kampung mendera kucing kerana makan ayam. Adakah patut dia ikat leher kucing itu dan gantung pada pokok?
    “Bila orang kampung tegur, dia ajak bergaduh dan dia ambil dawai dan cucuk leher kucing itu sampai mati. Selepas mati, dia biarkan sahaja berulat di pokok tersebut.

    “Tapi, Allah bayar tunai pada dia (orang tersebut) kerana tekaknya sakit dan tidak boleh menelan walaupun sudah dibedah. Suara sudah macam kucing,” ujarnya.

    Satu lagi kisah yang dikongsikan Mira Amifa tidak kurang menyayat hati. Seekor kucing telah mencuri lauk yang akan dijual seorang peniaga pada keesokan harinya.
    1
    Akibat perasaan geram, peniaga terbabit memberi makanan percuma yang telah dibubuh racun kepada semua kucing di kampungnya. Ekoran kejadian tersebut, terdapat beberapa ekor kucing mati setiap hari hingga menyusahkan orang kampung untuk mengutip dan menanam kesemua kucing tersebut.

    Tidak lama kemudian, peniaga terbabit ditimpa penyakit misteri dan meraung seperti kucing dalam kesakitan ketika dia sedang nazak.

    Sementara itu, pesara kerajaan, Fatimah Ab. Rashid menyatakan beliau mengenali Hero melalui media sejak tahun 2011.

    MOHD. HAIREY berazam untuk menyelamatkan lebih banyak kucing jalanan melalui Pertubuhan Aktivis Haiwan-HERO.

    “Saya berusaha menghubungi Papa Hero melalui akaun Facebook miliknya lalu membuat temu janji untuk berjumpa. Luluh hati sehingga menitiskan air mata tatkala kali pertama menemui Hero.

    “Selepas pertemuan itu, keluarga kami menjadi rapat dan saling berkunjung ke rumah masing-masing,” ujarnya ketika ditemui di Sydney, Australia baru-baru ini.
    2
    Bagi Fatimah, sifat Hero yang amat manja menyentuh hati sesiapa yang berpeluang berjumpa dengan kucing berjiwa kental itu.

    Hero disifatkan amat berhati-hati dengan orang lain mungkin disebabkan trauma akibat dizalimi manusia.

    Raut wajahnya mampu menerbitkan rasa belas kasihan biarpun individu tersebut tidak suka terhadap kucing.

    Sepanjang mengenali Hero, Fatimah melihat Hero menunjukkan perasaan sayang ke atas ‘adik-adik’ kucing terbiar lain yang ada di rumah Mohd. Hairey.
    3
    Ketika mula-mula mendapat tahu tentang ketiadaan Hero yang pergi buat selama-lamanya, dia tidak berhenti mengalirkan air mata.

    “Sebelum ini, saya sudah diberitahu bahawa Hero tidak sihat dan dimasukkan ke wad. Tidak sangka begitu cepat dia pergi dan saya amat terkilan kerana tidak sempat menemuinya buat kali terakhir.

    “Hanya tiga perkataan yang boleh menggambarkan apa yang terjadi kepada Hero iaitu ‘manusia yang zalim’,” ujarnya.

    Tambah Fatimah, aura yang ada pada kucing jalanan bernama Hero yang dizalimi secara fizikal sangat dan berjaya menyatukan rakyat Malaysia.
    Media merupakan perantara yang memainkan peranan besar dalam persepaduan tersebut kerana berjaya menonjolkan semangat juang Hero yang cekal.

    Hero telah menjadi inspirasi kepada orang ramai yang sebelum ini tidak mahu ambil peduli perihal kucing jalanan.


    Ketika ini, Mohd. Hairey merupakan orang paling terkesan dengan kehilangan Hero. Dia menjaga kucing malang itu seperti anaknya sendiri sehingga ramai kenalan Mohd. Hairey memanggilnya dengan nama Papa Hero.

    “Ramai yang bersimpati dengan apa yang menimpa Hero. Tetapi apa yang orang ramai tidak tahu ialah Hero sebenarnya sumber inspirasi kepada diri saya dan pencinta haiwan yang lain.
    4
    “Hero disifatkan sebagai penggerak kepada saya dan kawan-kawan untuk meneruskan usaha menyelamatkan haiwan yang teraniaya dan tidak bernasib baik,” ujar Papa Hero ketika dihubungi.

    Terkini, Papa Hero sedang bergiat aktif dalam menggerakkan satu pertubuhan bukan kerajaan yang didaftarkan secara rasmi di bawah nama Pertubuhan Aktivis Haiwan (HERO) pada 6 Disember lalu.

    Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertubuhan tersebut boleh ke akaun Facebook, Pertubuhan Aktivis Haiwan – HERO.

    Tamatlah riwayat seekor kucing yang dipotong kakinya kerana mencuri seekor ikan. Setiap kali menonton video Hero,pastinya airmata akan mengalir tanpa sedar. Betapa zalimnya manusia.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]