• Semasa

    Punca Sebenar KJ Tendang Tiang Bendera...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Punca Sebenar KJ Tendang Tiang Bendera.. Memandangkan sekarang semua tengah demam bola sepak sempena perlawanan akhir Piala Malaysia, JDT menentang Pahang tadi maka tumpuan banyak dilebihkan pada sukan ini.

    Terbaharu, sekeping gambar Menteri Belia dan Sukan yang terkenal dengan pendekatan popular, Khairy Jamaluddin di Instagram mencuri tumpuan ramai.

    Semuanya gara-gara aksi ‘terlampau’ cubaan menendang tiang bendera sudut di Stadium Bukit Jalil, lokasi dua pasukan berentap sedikit masa lagi.

    Antara yang berani memberikan komen dengan ayat lebih kurang serupa apa yang terlintas dalam kepala orang yang menyaksikan gambar KJ ini adalah Exco Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

    Komen Ustaz Fathul Bari yang diiringi ikon sarkastik berbunyi ‘Boleh tahan @Khairykj gurau kasar ni’.


    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]