KECOH !! Penumpang China Buka Pintu Pesawat Kerana Tak Sabar Nak Keluar Cepat
KECOH !! Penumpang China Buka Pintu Pesawat Kerana Tak Sabar Nak Keluar Cepat | BEIJING - Belum redha lagi mengenai insiden tindakan bodoh pelancong China yang bodoh dalam pesawat AirAsia beberapa hari yang lalu, kini timbul pula satu lagi kisah yang dicetuskan oleh penumpang pesawat dari negara yang sama.
Seorang penumpang yang dipercayai baru pertama kali menaiki kapal terbang melakukan tindakan bodoh dengan mengaktifkan gelongsor kecemasan semata-mata ingin keluar segera dari pesawat yang dinaikinya.
Penerbangan China Eastern MU2331 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sanya dari Xi’an mendarat sekitar jam 9 malam kelmarin dan hampir siap untuk berhenti di kawasan yang ditetapkan sebelum seorang penumpang membuka pintu kecemasan.
Menurut sumber, penumpang bodoh berkenaan memberikan alasan kerana tidak sabar untuk keluar dari kapal terbang itu sebaik ia mendarat. Dia membuka pintu kecemasan itu, menyebabkan gelongsor kecemasan terpasang.
Apabila ditahan oleh pihak berkuasa lapangan terbang kerana tindakannya itu, penumpang berkenaan berkata, dia tidak tahu pintu kecemasan tidak boleh dibuka walaupun perkataan melarangnya jelas terpampang pada pintu itu.
Sah bangang tak bertempat. - MYMEDIAHUB
Tiada ulasan