Pecah Mulut, Skandal Suami Dengan Minah Indon Terbongkar
Pecah Mulut, Skandal Suami Dengan Minah Indon Terbongkar | Ampang: Seorang wanita pecah mulut dan lebam di badan akibat dibelasah
suami selepas mangsa bertanyakan hubungan sulit suspek dengan seorang
wanita Indonesia.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun itu mengesyaki suaminya menjalin cinta lain sebelum meminta penjelasan suspek di rumah mereka di Pandan Indah di sini.
Sumber polis berkata, suspek mulanya enggan mengaku, namun berlaku pertengkaran antara mereka akibat didesak.
“Pertengkaran itu bertukar ganas apabila suspek menumbuk muka isterinya bertubi-tubi.
“Tidak cukup dengan itu, suspek turut membelasah isterinya selama beberapa minit sebelum keluar dari kediaman mereka,” katanya.
Mangsa yang cedera kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, untuk tindakan lanjut.
Sementara itu jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Tiada ulasan