• Semasa

    Perut Ibu Hamil Dibelah ‘Tetamu’





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Gambar Hiasan
    Gambar Hiasan
    Perut Ibu Hamil Dibelah ‘Tetamu’Denver, Colorado – Ketika seorang bakal ibu membuka pintu rumahnya untuk menyambut seorang wanita tidak dikenali, dia berharap ada pakaian bayi cantik yang boleh dibeli untuk dipakaikan kepada anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi.
    Namun wanita hamil itu tidak pernah menyangka tetamu yang disangkanya jurujual pakaian bayi itulah yang akan menyerang dan membelah perutnya sebelum mengeluarkan bayi berkenaan dari rahimnya.
    Mangsa bernasib baik kerana kecederaan parah pada perutnya tidak menghalang dia menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
    Jurucakap polis Longmont, Jeff Satur berkata, wanita hamil itu menghubungi suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai penjual pakaian bayi.
    Katanya, produk itu diiklankan di Internet.
    Polis dikejarkan ke rumah mangsa selepas menerima panggilan kecemasan.
    “Apabila tiba, mereka mendengar suara wanita menjerit kesakitan dan meminta tolong di dalam rumah berkenaan,” katanya. Katanya, apabila masuk ke rumah itu, polis menemui mangsa berlumuran darah dengan kesan torehan di perut.
    “Mangsa memberitahu, anaknya dikeluarkan dari rahim,” katanya.
    Siasatan menunjukkan, mangsa yang berusia 26 tahun itu dan tidak mengenali penyerangnya. Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Longmont dan dia dijangka selamat selepas menjalani pembedahan.
    Sementara itu, dalam perkembangan mengejutkan, polis menemui suspek membawa seorang bayi yang tidak bernyawa di hospital sama. Menurut Satur, suspek berusia 34 tahun dan pernah mengalami keguguran.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]