• Semasa

    Si Isteri SENYUM-SENYUM… Si Suami SENGIH-SENGIH Bila Baca Artikel Ni !!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Si Isteri SENYUM-SENYUM… Si Suami SENGIH-SENGIH Bila Baca Artikel Ni !! | Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangga TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya. Katanya,


    Pinjam Gambar Broframstone ye. Jangan Marah Bro. Sekadar Hiasan

    “Saya bangga nak beritahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua. Itu kerja saya. Isteri saya kata,
    “Abang, malam-malam abang ambil alih buat kerja tu semua okay”. Kita sama-sama kerja.

    “Saya nak beritahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin, tak boleh malas. Sekarang ni dah senang, baru saya cari pembantu untuk isteri saya. Tapi saya bangga nak beritahu itu yang saya buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju di luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku.”

    Berforum pula saya dengan USTAZ NIZAM KADIR. Katanya, suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami.

    Habis isteri?

    Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

    Sebab itu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tetapi suami kena lebih sebab itu memang tanggungjawab suami.

    Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula. Kena ada belas kasihan sebab ini bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

    Kita hari ini orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia ‘Queen Control’. Padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati menyumpah seranah, dalam hati kata nak redha tapi tak ikhlas-ikhlas juga. Sia-sia saja, last-last penat dapat, dosa pun dapat”

    USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:

    “Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.

    Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajibannya.

    Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.

    Jika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil”

    Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajiban isteri.

    Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.

    Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

    Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu. Sama-sama memuliakan antara satu sama lain.

    SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA. KREDIT THEHYPEMEDIA

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]