• Semasa

    Pelajar Wanita Mangsa Kebakaran di Moscow Meninggal Dunia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pelajar Wanita Mangsa Kebakaran di Moscow Meninggal DuniaKuala Lumpur : Seorang pelajar Malaysia yang cedera dalam kebakaran asrama 22 April lalu, meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan hari ini. 

    Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Francisco Munis, ketika dihubungi, berkata pelajar itu, Nor Artikah Alias, 25, meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sklifosovskogo kira-kira jam 2.30 petang (waktu Moscow). 
    "Pihak kedutaan sedang membantu keluarga mangsa dengan menghantar jenazah pulang ke Malaysia. Keluarga mangsa juga telah berada di sini sejak Sabtu lalu," katanya.

    Katanya, Atikah yang juga penuntut tahun akhir Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Russia (RNRMU) itu turut melecur 30 peratus di muka, tangan dan kaki Atikah antara 24 pelajar Malaysia yang terbabit dalam kebakaran penginapan universiti itu pada kira-kira 11.30 malam, 22 April lalu. - BHARIAN

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]