Terkini.. Bayi Perempuan 9 Bulan Maut TERCAMPAK KELUAR Dalam Kemalangan Ngeri Di Johor !!
Terkini.. Bayi Perempuan 9 Bulan Maut TERCAMPAK KELUAR Dalam Kemalangan Ngeri Di Johor !! | Seorang bayi perempuan berusia 9 bulan maut setelah tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan di KM22, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran persimpangan keluar Senai, semalam.
Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, bayi yang berada di pangkuan ibunya yang duduk di sebelah bapanya di tempat duduk hadapan tercampak keluar selepas kereta yang dipandu bapanya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori treler.
Bapa bayi yang memandu kereta jenis Proton Exora itu kemudiannya terbabas ke tepi jalan sebelah kiri lalu melanggar rel penghadang jalan dan terbalik beberapa kali.
Sebuah motosikal yang berada di belakang kereta mangsa cuba mengelak kedua-dua buah kenderaan di hadapannya, terbabas ke rel penghadang jalan.
Ibu bapi bayi, pemandu treler dan penunggang motosikal hanya mendapat kecederaan ringan. Mayat bayi malang itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.
Terdahulu, tragedi DUKE yang berlaku pada minggu lalu juga telah meragut 3 nyawa anak beranak di mana ketiga-tiga mangsa telah tercampak keluar dari kereta setelah terbalik beberapa kali akibat dilanggar oleh kereta Myvi Familia Myvi Club (FMC).
Ekoran dari itu, MACONAS mengesa kerajaan mewajibkan setiap pemandu yang mempunyai anak kecil meletakkan anak mereka di tempat duduk khas bagi mengelakkan perkara yang sama berulang. Peringatan buat kita semua. KREDIT THEHYPEMEDIA.
Tiada ulasan