Bukan Neelofa, tapi Fattah tak mahu? | Hendak cerita pun rasa macam kelakar sebab tak sangka pula dalam kalangan selebriti, ada juga yang kaki meminta-minta. Kalau minta tawaran kerja tidak mengapa, ini minta hadiah daripada peminat.
Poklip perasan juga, ada seorang pelakon ini tanpa segan silu muat naik produk yang dia inginkan. Kononnya bertanya, mana hendak cari ya benda alah ini? Rupa-rupanya, niat di hati mahu dapat hadiah daripada peminat.
Aduh, apa punya perangai ini. Malah, dia juga sering meninggalkan komen di laman-laman sosial peniaga atas talian untuk bertanyakan tentang produk ini. Sempat puji memuji lagi.
Bila artis komen gambar, mestilah peminat cepat-cepat beli dan hadiahkan produk tersebut kepada selebriti kesayangan mereka. Itulah modus operandi pelakon tersebut, sungguh licik.
Tapi rasanya, sudah-sudahlah ‘mengemis’ di laman-laman sosial. Apa kata beli seperti orang biasa. Duit kamu pun banyak, tawaran berlakon sentiasa ada. Janganlah mengharapkan belas kasihan orang.
Memanglah tidak salah jika peminat menghadiahkan sesuatu kepada selebriti yang diminati, tapi kalau setiap kali asyik dia je yang komen, apa kes. Macam hadap sangat!
Bukan Neelofa, tapi Fattah tak mahu?
YA, kita masih berbicara tentang #Lofattah. Poklip faham kalau ada segelintir pembaca yang sudah mula rasa bosan bila baca tentang ini. Tapi mahu tidak mahu, fenomena ini masih panas bak pisang goreng tau.
Mana-mana Poklip pergi, mesti tanya soalan sama. Eh! Apa cerita
#Lofattah? Kenapa Neelofa tak mahu berlakon drama baharu? Kenapa Fattah tak pujuk? Maaf, Poklip tak tahu.
Tapi di sebalik soalan-soalan panas itu, ada seorang kawan Poklip bagi tahu sebenarnya yang menolak untuk berlakon drama Hero Seorang Cinderella (HSC) bukanlah Neelofa, tetapi Fattah sendiri.
Eh! Betul ke? Habis yang selama ini orang sibuk menghentam Neelofa kononnya dia yang tarik diri apa cerita? Bukan apa, kalau baca komen-komen di Instagram pengacara tersebut, seriau hendak baca permintaan peminat.
Sampai ada yang kononnya nak buat sembahyang hajat untuk mereka kembali bersatu bukan sahaja di layar perak, tetapi sebagai kekasih juga. Aduh, susahlah macam ini tau.
Okey berbalik kepada dakwaan tadi, kawan Poklip cerita, Fattah dikatakan betul-betul bertegas tidak mahu terlibat drama itu. Puas semua memujuk, dia tetap tidak berganjak daripada keputusannya itu.
Biarpun Neelofa dikatakan memujuk pelakon lelaki itu demi memenuhi permintaan peminat, Fattah tetap tidak mahu. Kalau betul, apa yang membuatkan pelakon itu berkeras hati tidak mahu berlakon HSC ya?
Tapi Poklip tidak tahu dengan kebenaran cerita ini. Bukan apa, sebelum ini banyak versi kita dengar. Ada yang cakap Neelofa yang tak nak,tapi ada pula cerita baharu dua-dua yang menolak.
Siapa sebenarnya menolak untuk berlakon ini? Cuba cerita sedikit, sebab Poklip faham peminat bukan sahaja mengharap malah ada yang berdoa dengan seikhlas hati untuk kedua-duanya tampil dalam HSC.
Harap-harap Neelofa atau Fattah tampil buat penjelasan sendiri. Kalau tak pun, pengarahnya, Micheal Ang atau produser sahaja yang jelaskan.
Tiada ulasan