Sari Yanti, Jep Sepahtu bernikah pagi ini dalam majlis tertutup
Sari Yanti, Jep Sepahtu bernikah pagi ini dalam majlis tertutup | KUALA LUMPUR: Khabar angin tentang keakraban hubungan antara pelakon Sari Yanti dan pelawak Jep Sepahtu akhirnya terjawab dengan penuh cerita gembira apabila kedua-duanya disatukan dalam satu majlis pernikahan di Petaling Jaya hari ini.
Majlis yang mengejutkan dunia hiburan dan peminat mereka itu berlangsung secara tertutup di Dewan Mercu Mustapha Kamal di sini pagi tadi, lapor Astro Gempak.
Selain petugas media tidak diberi kelepasan untuk mengikuti perjalanan majlis itu, difahamkan tetamu juga dilarang memuat naik foto berkaitan majlis tersebut ke media sosial.
Bagaimanapun, Jep melalui akaun Instagramnya memuat naik gambar yang menarik untuk dikongsi peminat mereka.
Sari Yanti, Jep Sepahtu bernikah pagi ini dalam majlis tertutup
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin sebelum ini pernah membuat pengakuan bahawa dia bersedia menerima Sari Yanti sebagai teman hidup jika ditakdirkan jodoh antara mereka.Sari Yanti pula memberi beberapa petunjuk melalui akaun Instagramnya, yang mengucapkan kata-kata pujian yang bersifat mesra kepada pelawak popular itu.
Selain dihadiri keluarga dekat, majlis tersebut turut dihadiri rakan-rakan artis pasangan selebriti berkenaan seperti Angah Raja Lawak, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.
Tiada ulasan