• Semasa

    Pelakon Nadya Syahera Timang Anak Sulung





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]





























    Pelakon Nadya Syahera Timang Anak Sulung | TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Nadya Syahera yang telah selamat menimang cahata mata perempuan pertama, kelmarin.
    Nadya melahirkan bayi yang diberi nama Aleena Rose itu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
    Berita gembira itu dikongsi suaminya, Fizul Nawi yang juga merupakan ahli perniagaan di Instagram.









    “Syukur, walaupun awak keluar awal, alhamdulillah semua selamat. @aleenarose_,” tulisnya ringkas.

    Pelakon Nadya Syahera Timang Anak Sulung

    Difahamkan, Nadya yang popular menerusi drama Dia Semanis Honey dan Abang Bomba I Love You ini telah pun dibenarkan keluar hospital bersama anaknya.
    Nadya sepatutnya dijangka bersalin pada bulan April, memandangkan kandunganya baharu mencecah tujuh bulan.
    Terdahulu, Nadya pernah mengejutkan media apabila mengumumkan telah bergelar isteri kepada Fizul pada 25 September lalu.
    Pasangan ini dijangka akan mengadakan majlis kenduri dan persandingan pertengahan tahun ini, memandangkan terdahulu hanya melakukan yang wajib sahaja.

    Tiada ulasan

    http://2066848.bdv-w.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=175079&bid=2066848&xml=1&czero=4&dlt=0&maxcount=[MAX_RESULTS]&ownid=[SUBID]&Kterm=[KEYWORDS_ENCODED]&cip=[CLIENT_IP]&bvref=[REFERRER_ENCODED]&u_agnt=[USERAGENT_ENCODED]&bvlang=[BROWSER_LANG-ENCODED]