Ummi Nazeera Bernikah Selepas Aidilfitri | SELEPAS berkongsikan gambar sijil kursus pra-perkahwinan miliknya di laman Instagram, pelakon Ummi Nazeera mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini.
Walaupun begitu, pelakon berusia 27 tahun itu enggan mendedahkan tarikh perkahwinannya buat waktu ini dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba masanya nanti.
“Jika tiada aral melintang, insya-Allah kami bakal disatukan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Cuma saya belum bersedia mengumumkan tarikhnya lagi. Mana tahu, jika diumumkan, tarikhnya berubah pula. Apapun saya pasti akan berkongsi tarikh pernikahan kami pada umum nanti,” katanya memetik BH Online.
Berkongsi kisah perhubungannya dengan lelaki terbabit, Ummi yang bertunang pada 11 Disember lalu menyifatkan tempoh pertunangan mereka banyak membuka peluang kepada masing-masing untuk lebih saling mengenali.
“Sebelum ini saya ingatkan dia seorang yang serius. Tetapi apabila mengenalinya dengan lebih mendalam, rupa-rupanya dia seorang yang kelakar.
“Alhamdulillah, tempoh pertunangan ini menjadi masa untuk kami mengenali antara satu sama lain, walaupun hanya sebulan sekali kami bertemu. Maklumlah, dia bertugas di sebuah hospital di Sarawak,” ujarnya yang masih lagi belum memikirkan tema bagi meraikan majlis raja seharinya kelak.
Tiada ulasan