MH370 Dilarikan? Data enjin memperlihatkan MH370 masih terbang di udara selepas hilang dari radar
MH370 Dilarikan? Data enjin memperlihatkan MH370 masih terbang di udara selepas hilang dari radar | Pendedahan itu disiarkan The Wall Street Journal Asia (WSJ) sebentar tadi
dengan memetik sumber dua individu yang mempunyai maklumat berKaitan.
Maklumat terbaru itu mewujudkan kemungkinan kapal tersebut telah diterbang-
kan ratusan batu lagi dalam keadaan yang agak samar.
Penyiasat udara dan pasukan keselamatan kebangsaan (AS) percaya kapal itu
telah diterbangkan tambahan 4 jam lagi berdasarkan data yang dimuat turun
dan dihantar ke daratan secara otomatik dari enjin kapal Boeing berkenaan
bagi tujuan penyelengaraan dan pemantauan.
Kenyataan pakar AS yang terbaru itu konsisten dengan kenyataan Jabatan
Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semalam bahawa usaha mencari pesawat
MAS itu diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer menghala
barat laut dari tempat asal pencarian.
Bukti memperlihatkan DCA juga beranggapan bahawa kapal itu mungkin
dilarikan.Tambah laporan WSJ, pejabat anti keganasan AS kini melihat kepada
kemungkinan sama ada juruterbang atau sesiapa yang lain dalam penerbangan
itu melencongkan kapal berkenaan menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan
selepas dengan sengaja mematikan alat transponder bagi mengelak dari di-
kesan radar.
Tiada ulasan